Majikan yang tidak bersetuju dengan kos RM110 bagi i-Kad tidak perlu menggaji pekerja asing, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, Malaysia hanya mengenakan kadar RM1,850 bagi setiap pekerja termasuk pemeriksaan kesihatan dan ia jauh lebih rendah berbanding negara lain.
Menurutnya, negara seperti Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membelanjakan tidak kurang US$5,000 bagi seorang pekerja.
"Tujuannya adalah untuk menggalakkan mereka (majikan) mengambil pekerja tempatan kerana pekerja luar negara merupakan langkah sementara. Mereka harus mempunyai perancangan masa panjang untuk mengambil pekerja tempatan.
"Jangan anggap orang tempatan tidak mahu bekerja. Kerajaan telah menetapkan gaji minima dan mengikut Akta Buruh, mereka hendaklah diberikan beberapa faedah seperti yang ditetapkan. Masalah majikan adalah mahu untung yang tinggi dengan memberi gaji rendah dan kemudiannya mengatakan orang tempatan tidak mahu bekerja," kata Zahid.
Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena majlis ramah mesra sambutan pelajar baru 2014 di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah.
Terdahulu, beliau mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengenai Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia yang membantah langkah kerajaan mengenakan bayaran RM110 untuk seorang pekerja asing memiliki i-Kad kerana didakwa membebankan para majikan.
Ahmad Zahid berkata, sekiranya perkara itu membebankan, majikan harus mengambil pekerja tempatan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran rakyat tempatan di negara ini.
Bagaimanapun, katanya para majikan sering kali memberikan alasan bahawa rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor tertentu yang dipelopori warga asing pada masa ini.
Terdahulu, kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang berdaftar untuk program 6P wajib memiliki i-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
i-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti biometrik cap jari, 'nexcode' dan 'contactless chip' sebagai langkah membanteras pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Kemudahan itu bagi memudahkan penguatkuasa mengesan warga asing yang bekerja dalam 10 sektor di negara ini dan pada masa sama ia dapat mengelak pemalsuan.
Astro Awani
Sun Jan 12 2014


Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai
Muhammad Hafiz mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Pas setia dengan kepimpinan Muhyiddin - Takiyuddin
Pas juga menyeru Ahli Parlimen Barisan Nasional agar terus beristiqamah untuk mempertahankan kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN.

Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi berkaitan sistem visa bermula Oktober
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh perbicaraan itu semasa pengurusan kes pada Isnin.

Zahid bayang gabungan baharu ganti BN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan keperluan sebuah gabungan baharu untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah ditolak pengundi Malaysia pada pilihanraya umum ke-14 lepas.

UMNO, BN diam kerana beri Pakatan Harapan ber'honeymoon' - Khairy
UMNO kini sedang merangka strategi serta melalui penstrukturan semula sebagai usaha menjadi barisan pembangkang yang berwibawa.

Negara komited tangani isu pemerdagangan orang, penyeludupan migran - TPM
Dalam aspek penguatkuasaan, sebanyak 403 kes telah disiasat dan tangkapan telah dibuat ke atas 679 orang individu sepanjang tahun 2016.

Bajet 2017: Belanjawan terbaik untuk rakyat - Menteri Kabinet
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan belanjawan terbaik kepada setiap sektor dan golongan pendapatan rakyat.

Hari Malaysia: Semangat kesatupaduan rakyat amat penting - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu bagi menjaga kestabilan dalam negara.

UMNO, BN perlu berhenti bersikap defensif di media sosial - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhenti bersikap defensif.

Pemimpin UMNO perlu layani trend 'hipster' untuk pikat hati rakyat - TPM
Pemimpin UMNO perlu menggunakan pendekatan sesuai dengan kumpulan sasaran dalam usaha menambat hati masyarakat untuk bersama parti itu.

Tindakan tegas terhadap pihak sebar ancaman Daish - Zahid
Timbalan perdana menteri itu berkata, penyebaran maklumat tidak sahih itu hanya menimbulkan kegusaran serta ketakutan dalam kalangan orang ramai serta perlu dihentikan serta-merta.