Lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada individu-individu yang mengambil penumpang secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 melalui tangkapan yang dijalankan sepanjang tahun lepas.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan sepanjang 2016 itu membabitkan 58 kes tangkapan yang terdiri daripada pemandu teksi, kereta sapu, Uber dan GrabCar serta ulat tiket.
"Aktiviti 'mengulat' atau menarik penumpang yang tiba di lapangan terbang ini telah berleluasa sejak bertahun lalu dan menjejaskan pendapatan para pemandu teksi berdaftar di KLIA dan KLIA2," katanya ketika sidang media sempena 'Ops Parasit' di KLIA malam tadi.
"Lima puluh lapan individu terbabit merupakan warga tempatan dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, pada tahun lalu juga sebanyak 58 kenderaan telah disita akibat kesalahan mengambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2," katanya.
Menurut Che Hasni, dalam operasi terbaharu hari ini yang bermula pada pukul 6 pagi hingga 8 malam, pihaknya berjaya menahan tiga ulat di KLIA serta KLIA2 dan mereka kini sedang direman dan akan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk sebutan kes hari ini (Rabu).
Tambahnya pihaknya mendapati aktiviti mengulat menjadi lebih parah dengan penglibatan pemandu Uber dan GrabCar yang mula dikesan aktif di dua lokasi tersebut sejak Oktober lepas.
"Ketika menjalankan aktiviti 'mengulat' itu, mereka biasanya akan menutup aplikasi yang digunakan bagi mengelak dikesan pihak syarikat pengendali perkhidmatan masing-masing dan kemudian akan menarik para penumpang dan pelancong yang baru tiba di lapangan terbang, " katanya.
Kata beliau, sepanjang operasi itu dilakukan ada pemandu yang telah ditangkap pihak SPAD sehingga tiga kali atas kesalahan yang sama kerana hasil pendapatan lumayan yang berjaya diraih melalui aktiviti tersebut.
"Untuk kes seperti itu, biasanya kita akan meminta pihak mahkamah mengenakan hukuman yang lebih berat dari sebelumnya untuk kesalahan yang berulang," katanya.
Katanya operasi penguatkuasaan untuk menangkap individu yang terlibat dengan aktiviti 'mengulat' akan diterus pada tahun ini dan meminta kerjasama para penumpang untuk tidak menggunakan perkhidmatan mereka. --Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017
Che Hasni berkata berkata operasi penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan sepanjang 2016 itu membabitkan 58 kes tangkapan yang terdiri daripada pemandu teksi, kereta sapu, Uber dan GrabCar serta ulat tiket. - Gambar fail
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Ambil penumpang secara haram, denda lebih RM200,000 dikenakan SPAD sepanjang 2016
Lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada individu-individu yang mengambil penumpang secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).