Setiap individu di negara ini perlu mengambil tahu permasalahan yang berlaku dalam komuniti masing-masing, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata sikap enggan ambil tahu kerana bimbang dikatakan 'menjaga tepi kain orang' perlu diubah kerana ia dibimbangi akan mengundang pelbagai masalah termasuk jenayah tanpa disedari.
"Dahulu kita peduli apa yang berlaku dalam komuniti atau kampung kita, misalnya masalah dialami sesebuah keluarga, kita akan bantu dan menegur jika ada yang salah tetapi sekarang ia semakin kurang.
"Sikap ini harus diubah kerana apabila masalah tersebut menjadi besar ia akan memberi impak kepada komuniti itu sendiri seperti masalah kecurian, dadah, buli atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) peringkat Perak 2016 di Bandar Behrang 2020 di sini pada Ahad.
Program FACE merupakan satu program dilaksanakan melalui kaedah komprehensif dengan mengenal pasti keperluan setempat dan tahap kesejahteraan keluarga di komuniti yang dipilih.
Bagi Bandar Behrang 2020, pasukan penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilantik untuk membuat kaji selidik bagi meninjau Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) komuniti di kawasan berkenaan, katanya.
Menjelas lanjut mengenai IKK, Azizah berkata terdapat lapan indikator dipilih bagi komuniti Bandar Behrang 2020 antaranya domain hubungan kekeluargaan, domain keluarga dan komuniti, domain keselamatan keluarga serta domain teknologi dan komunikasi.
"Skor IKK kebangsaan adalah 7.55 daripada 10 dan disasarkan Bandar Behrang 2020 ini akan mendapat skor 8.0 tetapi sekiranya skor diperoleh rendah, kita akan kenal pasti dan ditingkatkan dalam jangka masa pelaksanaan program FACE di komuniti ini," katanya.
Beliau berkata program FACE bukan hanya melibatkan penduduk di kawasan terbabit, malah seluruh pihak dan agensi yang ada dalam komuniti itu antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Kariah Masjid.
Sementara itu, ketika diminta mengulas perkembangan terkini Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat (RKKC) di Batu Gajah, Azizah berkata pihak kementerian telah mengarahkan kompartmen berpagar di rumah kebajikan itu tidak lagi digunakan.
Azizah berkata tindakan meletakkan sesiapa di dalam kompartmen berpagar bukan prosedur operasi standard (SOP) kementerian walaupun atas alasan untuk keselamatan penghuni di rumah kebajikan tersebut.
"Kementerian juga telah meminta rumah kebajikan itu memperbaharui pendaftaran pusat jagaan kerana majoriti penghuninya bukan lagi-kanak-kanak.
"Semua penjaga RKKC perlu mengikuti kursus serta latihan bersesuaian di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga penghuni yang aktif dan sukar dikawal, selain meminta Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kementerian menjalankan pemeriksaan secara berkala di RKKC," katanya.
Pada 24 Okt lepas, tersebar viral bergambar bertajuk 'Malaysian Girl Discovers Shocking Scene of Disabled Kids Locked Up In Cages Like Dogs' di RKKC,
yang menunjukkan kanak-kanak diletak dalam tempat berpagar. - Bernama
Bernama
Mon Nov 07 2016

AZIZAH: Masyarakat perlu ambil peduli kepada perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
AWANI Tonight: Japan’s worst wildfire in decades continues to burn
Thousands were evacuated as Japan battles its biggest wildfire in decades. The blaze, which broke out on February 26 due to dry air, continues to spread as firefighters struggle to contain it.
AWANI Tonight: Excessive EPF withdrawals only punish contributors later - PM
Excessive early EPF withdrawals will leave contributors financially vulnerable upon retirement, and exceptions can only be given under special circumstances, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Tonight 4 March 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews
Majlis Media Malaysia mampu selesai aduan di luar mahkamah, berdasarkan kod etika - Penganalisis
Jurucakap Gerakan Media Merdeka (Geramm), Radzi Razak berkata penubuhan Majlis Media Malaysia akan membolehkan sebarang aduan yang dibuat terhadap organisasi media diselesaikan tanpa melibatkan prosiding mahkamah. Lanjutan itu, Perunding Media, Dr. G. Manimaran berkata Majlis berkenaan perlu segera menerbitkan parameter dan kod etika yang jelas sebagai panduan kepada organisasi media di Malaysia. #AgendaAWANI
Majlis Media Malaysia perlu baiki persepsi, menangi penerimaan industri - Penganalisis
Perunding Media, Dr. G. Manimaran berkata tugas besar Majlis Media Malaysia adalah untuk membaiki segala persepsi negatif terhadap industri media. Manakala, bagi Jurucakap Gerakan Media Merdeka (Geramm), Radzi Razak, Majlis ini perlu bekerja keras bagi memastikan ia diterima baik oleh pemain-pemain industri. #AgendaAWANI
Persepsi SPRM hanya tangkap ‘bilis’ mesti ditangani dengan keupayaan siasatan canggih - Penganalisis
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata persepsi negatif terhadap SPRM yang hanya menyasarkan pesalah kecil berbanding pesalah berprofil tinggi adalah berasaskan statistik pendakwaan yang rendah terhadap ahli politik. Oleh itu, Penganalisis Rasuah, Noor Mohamad Shakil Hameed mahu SPRM diberikan peruntukan lebih banyak dengan kemudahan siasatan canggih. #AgendaAWANI

Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah
Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.