ALOR SETAR: Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit disyaki positif COVID-19 terbalik selepas kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Proton Exora di lampu isyarat Plaza Tol Utara, Jalan Langgar, pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 5.55 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Abdul Jadi Abdul Rahman tiba di lokasi jam 5.57 petang.
"Ambulans itu membawa lima orang termasuk dari Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang daripadanya pesakit disyaki positif COVID-19.
"Dua mangsa dalam kereta Proton Exora itu yang mana seorang daripadanya mangsa lelaki berusia 40-an cedera ringan (sakit dada) manakala mangsa wanita berusia 30-an dalam kereta Proton Exora itu cedera ringan di bahu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mempunyai maklumat berkaitan pesakit disyaki positif COVID-19 berkenaan.
Beliau berkata, operasi disertai 10 anggota dan dua jentera serta sebuah motosikal RIM dari BBP Alor Setar.
"Tindakan komander operasi memberi rawatan awal kepada pemandu dan penumpang Exora dan menghantar mangsa terbabit ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menaiki dua buah ambulan KKM untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun pasukan KKM di dalam ambulan hanya mengalami cedera ringan sahaja dan tiada mangsa dilaporkan tersepit," katanya.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat pada jam 6.46 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.
Bagaimanapun katanya, maklumat lanjut berhubung kemalangan itu akan dimaklumkan kemudian.
Tambahnya, pihak polis juga sedang menyiasat punca kejadian.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Apr 09 2021

Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit disyaki positif COVID-19 terbalik selepas kemalangan dengan sebuah kenderaan. - Astro AWANI

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Ambulans terbalik dilanggar kereta dipandu jururawat
Kejadian sekitar jam 1.35 petang itu mengakibatkan pesakit yang merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah mengalami kecederaan di bahagian pinggul kiri.

Pembantu perubatan, pesakit cedera ambulans terbalik
Selain pembantu perubatan, seorang pesakit wanita cedera di muka, manakala pemandu ambulans dan seorang wanita warga emas terselamat.

Ambulans bawa pesakit disyaki positif COVID-19 terbalik
Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit disyaki positif COVID-19 terbalik dalam kemalangan.