KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) menyambut baik pelaburan baharu bernilai RM16.52 bilion yang diumumkan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Pelaburan itu adalah bukti keyakinan industri AS terhadap Malaysia dan juga komitmen kedua-dua negara untuk membangunkan ekosistem yang boleh memenuhi permintaan global dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.
Ketua Pegawai Eksekutif AMCHAM Siobhan Das berkata beliau berbesar hati kerana menghadiri mesyuarat dengan Azmin di Washington DC.
"AMCHAM dan syarikat-syarikat dari AS yakin dengan Malaysia sebagai hab pembuatan yang stabil untuk menembusi pasaran global selepas 50 tahun berpangkalan di Malaysia.
"Saya teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan mahu meneruskan kerja kami dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan kementerian lain bagi memastikan pelaburan ini direalisasikan menerusi penggunaan teknologi baharu, pemindahan pengetahuan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menyatakan demikian susulan daripada memorandum kerjasama mengenai ketahanan rantaian bekalan semikonduktor yang ditandatangani oleh Azmin dan Setiausaha Perdagangan AS Gina M Raimondo semasa misi perdagangan baru-baru ini.
AMCHAM gembira kerana Malaysia adalah sebahagian daripada Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF) yang merupakan kumpulan 13 negara dan menawarkan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Malaysia dan AS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

AMCHAM dan syarikat-syarikat dari AS yakin dengan Malaysia sebagai hab pembuatan yang stabil untuk menembusi pasaran global selepas 50 tahun berpangkalan di Malaysia.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Keputusan MKN benarkan beberapa sektor tingkatkan kapasiti operasi tepat pada masanya - AmCham
Keputusan itu akan memastikan kesinambungan dan kemampanan perniagaan yang sangat penting dalam membangun kembali ekonomi negara.