KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pelakon Amelia Henderson untuk menangguhkan permohonan maafnya kepada penerbit filem dan drama A. Aida kerana melanggar kontrak penggambaran sebuah drama, tahun lepas.
Hakim Zulqarnain Hassan berkata, mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia, 28, atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A. Aida menerusi syarikatnya A. Aida Production Sdn Bhd susulan rayuan kes itu.
"Mahkamah membenarkan permohonan penggantungan perintah yang menghendaki permohonan maaf secara terbuka dan yang menghendaki penghapusan video daripada akaun Instagram defendan pertama (Amelia)," kata hakim itu ketika menyampaikan keputusan secara dalam talian hari ini.
Berhubung perintah pembayaran ganti rugi, Zulqarnain turut membenarkan penangguhan bayaran melebihi RM200,000 itu.
Bagaimanapun, hakim itu berkata, mahkamah memerintahkan agar wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Pada 7 April lepas, Zulqarnain memerintahkan pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A. Aida menerusi syarikatnya kerana didapati melanggar kontrak penggambaran drama berjudul `Sekali Lagi Cinta Kembali'.
Hakim itu turut membenarkan permohonan A. Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagramnya @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April lalu.
Pada 18 April lepas, Amelia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan rayuan itu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 24 Okt ini.
Pada prosiding hari ini, syarikat produksi itu diwakili peguam Ashmadi Othman manakala Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur.
Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama berkenaan apabila pelakon wanita itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama tersebut walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pelakon Amelia Henderson (kanan) untuk menangguhkan permohonan maafnya kepada penerbit filem dan drama A. Aida kerana melanggar kontrak penggambaran sebuah drama. - Gambar BERNAMA
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Amelia Henderson berjaya tangguh permohonan maaf, ganti rugi RM200,000
Mahkamah guna budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A. Aida susulan rayuan kes itu.