KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada Jumaat, memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd, berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem Sekali Lagi Cinta Kembali.
Dalam prosiding hari ini, peguam, Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku plaintif manakala Wan Nurliyana Abdul Rahman mewakili Amelia.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.
Semasa perbicaraan, seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.
Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
A Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin, sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.
Bagaimanapun, saman melibatkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 07 2023
![Amelia Henderson perlu bayar lebih RM200,000 kepada A Aida Amelia Henderson perlu bayar lebih RM200,000 kepada A Aida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680836278_AmeliaHenderson.jpg)
Amelia Henderson diarah bayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd. - Foto Sinar Harian
![Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259519_nelayan.jpg)
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Korea Utara kecam kapal selam nuklear AS di Busan
Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menimbulkan ancaman keselamatan serius dengan menghantar kapal selam nuklear ke pelabuhan Korea Selatan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
![Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722931803_AmeliaHenderson.jpg)
Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik
Kes saman difailkan seorang penulis skrip drama terhadap pelakon Amelia Henderson akan diteruskan dengan perbicaraan.
![Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713580580_tbrantailoketsalib.jpg)
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
![Bukan 'podcast' sembang kosong, Amelia mahu didik audiens Bukan 'podcast' sembang kosong, Amelia mahu didik audiens](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709355618_Amelia.jpg)
Bukan 'podcast' sembang kosong, Amelia mahu didik audiens
Walaupun berasaskan hiburan, matlamat asal program itu adalah untuk berkongsi dan mendidik audiens tentang realiti yang dihadapi anak seni.
![Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698652978_AmeliaAidaSaman.jpg)
Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production
Amelia Henderson telah menjelaskan RM10,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.
![Amelia tidak perlu bayar RM200,000 kepada A Aida Production Amelia tidak perlu bayar RM200,000 kepada A Aida Production](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698373884_Amelia.jpg)
Amelia tidak perlu bayar RM200,000 kepada A Aida Production
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan faedah 5% secara tahunan bermula hari ini.
![Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698137763_AmeliaHenderson.jpg)
Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini
Mahkamah menetapkan keputusan rayuan pelakon, Amelia Henderson pada Jumaat ini selepas diperintahkan membayar ganti rugi berhubung isu pelanggaran kontrak.
![Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691059974_TBAmeliaHenderson.jpg)
Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong
Pelakon Amelia Henderson terkesan apabila dilabel keras kepala dan sombong rentetan tetap memperjuangkan isu pelanggaran kontrak.
![Amelia Henderson percaya keputusan mahkamah Amelia Henderson percaya keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690961474_AmeliaHenderson.jpg)
Amelia Henderson percaya keputusan mahkamah
Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, berkata dia sejujurnya tidak meletakkan sebarang harapan atau jangkaan daripada keputusan mahkamah.
!['Saya selesa dengan dia' - Aedy serah urusan jodoh bersama Amelia pada takdir 'Saya selesa dengan dia' - Aedy serah urusan jodoh bersama Amelia pada takdir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686024484_AedyAmelia.jpg)
'Saya selesa dengan dia' - Aedy serah urusan jodoh bersama Amelia pada takdir
Aedy Ashraf meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan aktres Amelia Henderson direstui direstui peminat.
![Amelia Henderson fail rayuan kes pelanggaran kontrak Amelia Henderson fail rayuan kes pelanggaran kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683707588_AmeliaHenderson.jpg)
Amelia Henderson fail rayuan kes pelanggaran kontrak
Peguam Amelia mengesahkan perkara berkenaan, namun tidak boleh mendedahkan secara terperinci alasan utama rayuan dibuat.