PENYANYI cilik Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad telah dinobatkan sebagai juara bagi program realiti televisyen ‘The Chosen One’ musim pertama yang bersiaran menerusi saluran Astro Ceria (Saluran 611) dan Astro Prima (Saluran 105) malam tadi.
Amir berjaya melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.
Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, telah menewaskan tiga lagi peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17; Erika Foo, 17; dan Raja Dayana Umayma, 13.
Mereka merupakan anak-anak didik kepada Hazama, Kmy Kmo dan Luca Sicta serta Shiha Zikir.
Dengan kemenangan ini, Amir telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Manakala Putera Muhammad selaku jurulatih terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Naib juara Khalyn membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 manakala tempat ketiga disandang oleh Dayana dan tempat keempat jatuh kepada Erika.
Mereka membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sejumlah RM10,000 dan RM5,000.
Dayana pula merangkul anugerah persembahan terbaik.
Keunikan suara dan personaliti Amir yang bersahaja telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga menjadi viral terutamanya di laman sesawang TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.
Sorotan video persembahan Amir juga telah menarik minat penonton dari luar negara terutamanya dari Indonesia dan ramai pempengaruh Indonesia telah memberi pujian akan bakat semula jadi Amir.
“Kami di Astro amat berbesar hati apabila rancangan baharu kami, ‘The Chosen One’ dapat melahirkan bintang-bintang baharu seperti Amir Sisi, Khalyn, Erika Foo dan Raja Dayana yang bakal mewarnai industri seni negara.
"Keikhlasan dan aura Amir telah berjaya menambat hati juri-juri dan mencetuskan fenomena di kalangan penonton, bukan sahaja di Malaysia malah juga di negara jiran.
"Kami mendoakan kesemua peserta ‘The Chosen One’ akan terus bersinar dan berharap agar program ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan mereka untuk masa akan datang,” ujar Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.
‘The Chosen One’ merupakan sebuah program nyanyian realiti yang mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih.
Seramai 16 peserta bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut. Hanya lapan daripada mereka yang terpilih bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton persembahan kesemua peserta di peringkat akhir ‘The Chosen One’, anda boleh strim menerusi On Demand pada Astro Box atau aplikasi Astro GO. -Gempak
Gempak
Thu Oct 26 2023
Amir berjaya melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia. -Gempak
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Amir Sisi 'The Chosen One' santuni ibu bapa, rancang masa depan
Juara rancangan realiti ini tidak menjadikan kejayaannya tiket untuk berseronok.
Amir Sisi juara The Chosen One, bawa pulang hadiah RM30,000
Amir berjaya melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.