Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandaraya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.
"Antara projek yang sedang kita laksanakan adalah untuk buat satu kolam renang, pusat kawalan dan kita alihkan beberapa tempat medan selera, diperkemaskan dan dibersihkan.
"Ini antara usaha yang kita jalankan untuk mengangkatnya sebagai majlis bandaraya, kita sasar 2021," katanya selepas melawat tapak pembangunan di Dataran Belia Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang di sini hari ini.
Terdahulu, Zuraida berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.
Ketika ini terdapat 14 bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Alor Setar, Johor Bahru, Bandaraya Melaka, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Miri, Kuching Utara, Kuching Selatan, Balik Pulau dan Seberang Prai.
Sementara itu, mengulas pembangunan loji sisa kepada tenaga (WTE) di bawah Dasar Kebersihan Negara, beliau berkata setiap negeri akan memiliki sekurang-kurangnya satu loji WTE. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020

Menurut Zuraida, banyak projek pembangunan sedang dijalankan di Ampang bagi merealisasi misi tersebut. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bank Islam catat keuntungan bersih sebanyak RM105.92 juta
Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyusut kepada RM105.92 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac.

Lebih banyak majikan naikkan gaji tahun ini berbanding 2020 - Tinjauan MEF
Lebih ramai majikan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja mereka pada 2021 berbanding 2020.

Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.

Kerajaan akan peruntuk RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 bagi tahun hadapan
Sebanyak RM23 bilion akan diperuntukkan kepada Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19), dengan sebahagian besar peruntukan adalah untuk program yang dibawa ke hadapan dari 2021.

Untung selepas cukai Petronas meningkat lebih 100 peratus
Prestasi Petronas meningkat bagi separuh pertama 2021 susulan pemulihan semula sektor minyak dan gas serta ekonomi global.

Maxis catat untung, hasil lebih tinggi suku kedua 2021
Keuntungan selepas cukai Maxis meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun kepada RM360 juta pada Q2 2021.

Vietnam belum buat keputusan mengenai Sukan SEA - Norza
Vietnam belum membuat sebarang keputusan mengenai status penganjuran Sukan SEA ke-31, yang sepatutnya berlangsung bermula dari 21 Nov hingga 2 Dis tahun ini.

Boustead terus tingkatkan prestasi kewangan
Boustead Holdings Bhd, yang kembali mencatat keuntungan pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2021, selepas mencatatkan kerugian suku tahunan sepanjang tahun lepas.

Ekonomi negara bertambah baik biarpun berdepan COVID-19 - PM
Malaysia berada di landasan yang tepat dalam perancangan dan pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan dan ia mula menampakkan kesan positif.

TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.