KUALA NERANG: Jenazah Tokoh ulama Kedah, Datuk Ahmad Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Pak Teh Mad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Gelanggang di sini, kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.
Proses pengebumian dilakukan kakitangan hospital mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Allaharham menghembus nafas terakhir pada usia 96 tahun pada puku\l 12.57 tengah malam tadi di Hospital Kuala Nerang akibat dijangkiti COVID-19
Menurut anak keempat, Wan Mohd Assamudin Ahmad, 58, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham.
Bagaimanapun, Wan Mohd Assamudin bersyukur kerana ibunya, Datin Wan Salehah Wan Ibrahim, 83, berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu.
Kesemua tujuh adik-beradik Wan Mohd Assamudin yang lain tidak dapat mengiringi jenazah ke tanah perkuburan berikutan sedang menjalani kuarantin di rumah.
Wan Mohd Assamudin memaklumkan, dia dan adik-beradik lain akan memegang amanah Allahyarham bapa mereka untuk meneruskan operasi Pusat Pengajian Pondok Ahmadiah.
Beliau yang juga bekas pensyarah pengajian bahasa Arab di Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) yang kini dikenali Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berkata, selama ini beliau sememangnya terlibat secara langsung dengan pusat pengajian itu.
“Dari segi pengurusan (Pondok Ahmadiah) saya yang atur, dari segi mengajar adik-adik saya yang mengajar. Insya-Allah kita akan meneruskan sistem ini, meneruskan perjuangan Allahyarham mengikut era zaman sekarang,” kata Wan Mohd Assamudin.
Sementara itu, anak murid Tok Guru Pak Teh Mad, Mohd Najib Ghazali, 43, berkata, Allahyarham tidak pernah mengeluh ketika diuji mahupun ketika sakit sehingga orang yang menjaganya tidak merasa tertekan atau susah.
Dia yang belajar di pondok itu sejak berusia 7 tahun akan sentiasa mengingati pesanan Allahyarham agar tidak sombong dan sentiasa merendah diri.
“Sifat Almarhum Tuan Guru amat penyayang kepada murid-murid dia, kepada anak-anak (dan) cucu-cucu dia. Almarhum orang yang sangat sabar, seorang yang sangat rendah diri, sangat tawaduk.
“Almarhum selalu memberi pesanan kepada anak-anak murid dan juga orang-orang yang menziarah beliau semasa dia masih sihat dan juga semasa dia dalam keadaan sakit sekali pun,” kata Mohd Najib yang turut menyifatkan Allahyarham Tok Guru Pak Teh Mad seorang yang sangat tegas dalam mendidik.
Dilahirnya pada 16 November 1925 di Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap, Allahyarham merupakan pengasas Maktab Mahmud Padang Terap dan Pondok Ahmadiah.
Allahyarham Tok Guru Pak Teh Mad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Terap, Madrasah Sa’adatun Daroian, Merbok, Pondok Pulau Rotan, Nako Nambua, Madrasah Al-Islamiah, Gajah Mati seterusnya melanjutkan pengajian di Madrasah Soulatiyyah, Mekah.
Antara gurunya ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (Pondok Merbok), Tok Mogoi (Pondok Mogoi), Tuan Guru Pak Chu Him iaitu ayah mertuanya (Pondok Gajah Mati) dan Pak Da Eil Mekah.
Sekembali ke tanah air, Allahyarham Tok Guru Pak Teh Mad mengasaskan sekolah pondok di Padang Terap bermula tahun 1961.
BACA: Tuan Guru Pak Teh Mad meninggal dunia akibat COVID-19
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 15 2021

Wan Mohd Assamudin membacakan doa ketika mengunjungi kubur bapanya, Datuk Ahmad Mohd Nor atau Tok Guru Pak Teh Mad (gambar kecil di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Gelanggang, Kuala Nerang, Kedah pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Anak-anak Pak Teh Mad pegang amanah teruskan Pusat Pengajian Pondok Ahmadiah
Anak-anak Allahyarham Tok Guru Pak Teh Mad akan pegang amanah teruskan operasi Pusat Pengajian Pondok Ahmadiah.