KUALA LUMPUR: Kos kehidupan yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa lebih memilih untuk mendapatkan makanan yang murah walaupun ia tidak bernutrisi.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, keadaan itu juga menyebabkan ibu hamil tidak mengambil nutrisi yang baik buat bayinya.
Menurutnya, perkara itu antara punca bayi yang lahir tidak mendapat nutrisi secukupnya, meningkatkan risiko bayi itu menjadi bantut.
Selain itu, katanya, keengganan mengikut jadual rawatan dan menganggap kanak-kanak gempal sebagai comel, sedangkan kanak-kanak itu sedang mengalami masalah bantut juga menyumbang kepada masalah itu.
“Saya juga bimbang dengan keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat, seperti harga beras. Makanan yang mempunyai nutrisi ini, harganya meningkat.
“Ia menyebabkan ibu bapa memilih untuk mendapatkan makanan yang murah. Ibu yang sedang hamil juga tidak mengambil nutrisi yang baik, bagi memastikan anak lahir dengan sihat dan tidak terbantut.
“Kesan terbantut beri kesan sangat besar. Anak-anak yang bantut ini akan lebih terdedah dengan penyakit seperti obesiti.
“Ia menyebabkan produktiviti anak-anak ini akan terjejas. Sekiranya ramai terbantut, produktiviti negara pada masa depan juga akan terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Alias Razak (PN - Kuala Nerus) yang bertanya usaha kerajaan membasmi masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam pada itu, Lukanisman berkata, masalah bantut tidak hanya melibatkan golongan B40.
Menurutnya, data daripada kementerian mendapati Putrajaya, lokasi di mana ramai golongan berpendidikan berada dalam senarai teratas antara kawasan tertinggi mengalami masalah itu.
“Golongan ini mengambil langkah mudah…kerana kesibukan dan perkembangan kerjaya lebih meluas, pemilihan makanan lebih kepada makanan segera, diberikan kepada kanak-kanak.
“Ini menyebabkan masalah terbantut itu berlaku. Saya ingin mengambil satu contoh, sebuah sekolah Jenis Pendidikan Cina di Muar. Mereka mempunyai satu kerjasama komuniti.
“Ibu bapa di sana menyediakan makanan kepada semua guru dan kanak-kanak supaya makanan itu berkualiti dan bernutrisi.
“Kaedah ini sangat baik daripada sekiranya kita bergantung kepada RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Kadangkala ada pengusaha berikan sosej dan nasi,” katanya.
Ridauddin Daud
Wed Nov 01 2023

Lukanisman berkata, kos kehidupan yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa lebih memilih untuk mendapatkan makanan yang murah walaupun ia tidak bernutrisi. - Foto BERNAMA

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas
Lebih 20,000 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada 97 sekolah menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Promak sejak Januari 2022.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.

Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan 26,548 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setakat ini di kawasan tumpuan penduduk dan tinggi permintaan termasuk di daerah ini.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.