KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdasarkan dasar serta prosedur operasi standard (SOP) MAIWP.
Menurut MAIWP, Abdul Syakur yang memperoleh keputusan 8A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan penuntut lepasan Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP dan pemberian biasiswa itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP, 11 Sept lepas.
"Hasil semakan juga mendapati pemohon dikategorikan dalam asnaf Fisabilillah dengan Lebihan Had Kifayah.
"Bapa pelajar (Datuk Seri Zulkifli) hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi asnaf Fisabillillah," menurut MAIWP dalam kenyataan hari ini.
Isu pemberian biasiswa itu menerima pelbagai reaksi termasuk yang mempertikaikan kelayakan Abdul Syakur, yang merupakan anak bekas menteri dan didakwa mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain, sebagai penerima.
MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.
Jelas MAIWP, bantuan biasiswa itu merupakan antara 30 skim di bawah Dasar Skim Bantuan Zakat MAIWP yang digunapakai sejak diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-150 pada 15 Jan 2020 dan Mesyuarat MAIWP pada 18 Feb 2020.
Ia juga diperakui di bawah SOP Pengurusan Skim Bantuan Zakat MAIWP yang diluluskan Mesyuarat Pengurusan MAIWP pada 22 Dis 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Zulkifli Mohamad (tiga, kiri) bersama anaknya Abdul Syakur (kiri) semasa Majlis Pelepasan Pelajar Cemerlang MAIWP ke Timur Tengah baru- baru ini. - Gambar/ FB Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Zulkifli Al-Bakri umum peletakan jawatan sebagai Pengerusi The Noor
Katanya, keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapannya.

Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.

Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.

Viral resipi kurma campur mentega untuk berbuka puasa, ini penjelasan Zulkifli Al-Bakri tentang khasiatnya
Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.

Rolex kesayangan Dr Zul berpindah tangan, lelaki dari Pasir Gudang jadi pemilik baharu
Lelaki itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.

Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.

Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.

Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu Zulkifli menerusi laman web Maktabah Albakri.

Tahi cicak tak batalkan wuduk - Dr Zulkifli
Wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya.