KENINGAU: Anak dituduh mencuri di kawasan ladang punca seorang lelaki maut dalam satu pergaduhan di sebuah kebun di Kampung Batu 27, Jalan Tenom-Keningau Selasa lalu.
Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.50 malam berhubung kematian mangsa.
Katanya, hasil siasatan mendapati seorang lelaki tempatan yang membuat rondaan di kawasan kebun menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas.
"Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut namun pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak, terdapat juga benjolan pada kepala kanannya.
"Susulan kejadian itu, tiga individu termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan untuk mengesan empat suspek utama yang terlibat dalam kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Yampil berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya menahan empat lelaki warga Indonesia secara berasingan pada Sabtu lalu.
"Semua suspek berusia antara 17 hingga 37 tahun ditahan sekitar jam 8 pagi hingga 3 petang di kawasan tepi jalan Kampung Bunga Raya dan hadapan sebuah rumah tidak bernombor di sebuah ladang kelapa sawit.
"Hasil siasatan awal, berlaku pergaduhan dipercayai berpunca apabila kesemua suspek menuduh anak mangsa sebagai pencuri di kawasan ladang tempat kerja mereka dan ingin mendapatkan penjelasan.
Namun berlaku cabar-mencabar antara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan dan kematian mangsa, " katanya.
Sehubungan itu, Yampil berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut namun pihak hospital mengesahkan dia telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Anak dituduh mencuri punca lelaki maut
Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

'Tiada kes curi, hanya salah faham' - Kes ibu mengamuk anak dituduh mencuri selesai
Menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat yang dimuat naik di platform TikTok, pengurus kedai tersebut tampil menceritakan kembali situasi sebenar kejadian.