SHAH ALAM: Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar dan mereka sahaja yang mampu menggalas tanggungjawab berat itu.
Norliza Abd Ghani, 53, berkata, anak istimewanya, Fara Nabila Alias, 34, pernah hilang ketika mereka sekeluarga beratur di ruang pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semasa mahu menunaikan umrah pada tahun 2018.
“Masa itu saya bergilir-gilir dengan suami mengambil wuduk kerana penerbangan kami pada waktu subuh. Semasa suami sedang menjaga Fara Nabila dan adiknya yang juga seorang anak istimewa, Firjani, petugas yang memeriksa tiket meminta mereka bergerak ke hadapan terlebih dahulu.
“Suami memberitahu petugas itu mereka menunggu saya yang masih di tandas. Selepas petugas itu beredar, suami saya terkejut apabila Fara tiada di sisinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, selepas lebih 10 minit, suaminya berusaha mencari anak sulung daripada tujuh beradik itu dan petugas yang sama meminta dia menelefon suami tetapi dia seolah-olah kelu dan kaku ketika itu.
“Akhirnya petugas itu meminta suami untuk segera ke ruangan pelepasan kerana kapal terbang akan berlepas dan khuatir penumpang lain tidak puas hati kerana menunggu lama,” jelas Norliza.
Namun, mereka berdua terkejut apabila mendapati Fara Nabila sudah ada di dalam kapal terbang itu. Malah kami diberitahu oleh pramugari yang Fara seorang diri dan meminta petugas untuk memanggil keluarganya segera.
“Tetapi saya sendiri pelik dan hairan bagaimana Fara boleh masuk ke dalam kabin kerana pasport serta tiketnya ada bersama suami,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 20 2024

Gambar yang dirakam kira-kira tiga jam sebelum kehilangan Fara (kanan) di KLIA2 pada tahun 2018. - Foto Sinar Harian

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Zarina Zainuddin kasihan kalau kurung anak
Zarina berpandangan, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga kerana ia dilihat seolah-olah menyeksa mereka.

Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.

Anak istimewa Sarjan Faridah kerap mencari ibunya
Nurul Jannah sering bertanyakan mengenai ibunya dan masih belum memahami bahawa ibunya sudah tiada.

Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan
Walaupun menghadapi kekurangan pada kedua-dua kakinya akibat Cerebral Palsy, namun tahap pemikiran Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli selari dengan rakan sebayanya.

Bapa kongsi kisah anak autistik hilang, jadi pengajaran
Pengalaman berdepan kehilangan anak autistik selama tiga jam ketika berada di luar, menjadi pengajaran buat seorang bapa agar sentiasa menjaga emosi anak lelakinya yang kini berusia 7 tahun.

Kurang kesedaran punca anak istimewa lambat daftar sebagai OKU - Nancy
Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama ketua masyarakat dan pejabat daerah perlu mengadakan program berkaitan bagi mengenal pasti individu yang perlu didaftarkan.

Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay
Ahmad Idham kini giat memperjuangkan Hab Pendidikan Khas bagi mewujudkan satu sistem sokongan komuniti.

Faizal Tahir bersyukur dianugerahkan anak istimewa
Maryam Tahirah adalah anugerah terlalu istimewa buat dia dan seluruh keluarganya.

Kalau dia tengah mengamuk, saya pun tak boleh... - Zarina Zainuddin kongsi cara tenteramkan anak autistik
Begitulah hal yang sering dilalui Zarina yang sering berkongsi cara dia menguruskan dua anak sulungnya yang menghidap autisme.

Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.