SHAH ALAM: Seorang wanita dan ibunya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas beberapa pertuduhan menipu berhubung penjualan barang elektrik dan perkakas dapur yang tidak wujud melibatkan kerugian berjumlah RM41,645.
Nurul Yasmin Rosli, 32, dan ibunya Melati Zainol, 54, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, Nurul Yasmin didakwa dengan curangnya menipu enam individu sehingga mendorong mereka membuat bayaran bagi pembelian barangan elektrik dan perkakas dapur ke akaun Hong Leong Bank atas nama Melati berjumlah RM17,541 yang tertuduh gagal menyerahkan barang yang dijanjikan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketujuh hingga ke-12, Nurul Yasmin didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang RM19,548 milik enam individu lain, yang diserahkan kepada tertuduh dengan memasukkan wang ke akaun bank atas nama Melati sebagai bayaran pembelian barangan elektrik dan perkakas dapur pelbagai jenama yang tidak wujud.
Dia dituduh mengikut Seksyen 403 KK yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Bukit Jelutong, Shah Alam dan Sungai Buloh, antara 27 Nov 2020 hingga 13 Jun lepas.
Bagi dua pertuduhan lain, Melati dan Nurul Yasmin masing-masing didakwa dengan niat bersama menipu dua individu lain sehingga mendorong mangsa membuat bayaran sebanyak RM4,556 ke akaun bank Melati bagi pembelian barangan sama.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Subang Jaya dan Shah Alam pada 28 Mei dan 24 Julai lepas mengikut Seksyen 415 KK.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qiwamuddin Mustapha Shakri manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shalehhuddin Salam.
Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM15,000 kepada Nurul Yasmin manakala Melati sebanyak RM3,000 masing-masing dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Subang Jaya dan Shah Alam pada 28 Mei dan 24 Julai lepas mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Anak, ibu didakwa tipu jual barangan elektrik tidak wujud
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Subang Jaya dan Shah Alam pada 28 Mei dan 24 Julai lepas mengikut Seksyen 415 KK.