Masih ramai ibu bapa yang berada dalam penafian untuk menerima keadaan anak yang mempunyai masalah ketidakupayaan, kata Pengerusi Profesor Pembangunan Kerjaya, Universiti Help, Prof Datin Dr Quek Ai Hwa.
Beliau berkata ada dalam kalangan ibu bapa berkenaan bertegas menghantar anak mereka ke sekolah biasa sedangkan perkara itu akan memberikan pelbagai halangan kepada anak mereka terutama dalam memahami pembelajaran sepertimana anak normal yang lain.
"Keadaan ini juga pasti memberi masalah terhadap keluarga sendiri, kadang-kadang ibu bapa ini sudah tahu keadaan keupayaan anak mereka tetapi tidak mahu menerima hakikat itu.
"Selain itu, ramai ibu bapa sendiri tidak suka dengan terma orang kelainan upaya (OKU) untuk anak mereka, mereka rasa malu sehingga ada yang tidak menghantar anak tersebut untuk mendapat pendidikan di sekolah," katanya kepada Bernama selepas sesi forum pada Pameran Pendidikan Khas Antarabangsa (ISEE) 2019, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Quek mencadangkan kerajaan agar memperbanyakkan program pemulihan kepada anak berkeperluan khas itu di samping mempelbagaikan program kesedaran yang berkesan bukan sahaja kepada ibu bapa malahan kepada masyarakat.
"Selain itu, kerajaan juga perlu membina kemudahan yang sewajarnya kepada mereka, ada sekolah yang saya tengok tidak mesra pengguna kepada golongan ini, tandas sempit dan disediakan di aras yang tinggi menyukarkan kanak-kanak ini untuk menggunakannya," katanya.
Sementara itu beliau berkata pada tahun ini seramai 83,093 kanak-kanak berkeperluan khas didaftarkan di sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara.
"Kita harapkan lebih ramai ibu bapa mendaftarkan anak istimewa mereka, bukan sahaja sekadar berdaftar tetapi terus kekal dan mengikuti program-program yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia," tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Presiden Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan, Prof Datuk Dr Sufean Hussin berkata ibu bapa perlu mendapatkan pentaksiran yang sewajarnya mengenai tahap ketidakupayaan anak mereka di hospital dan klinik berdaftar bagi mengetahui jenis ketidakupayaan dialami sejak dari awal.
"Ini penting agar kita tahu adakah ia pada tahap yang serius atau tidak, jadi kita masih boleh mencari penyelesaian dan saluran yang betul bagi membantu anak kita ini seterusnya dapat menyediakan pendidikan yang khusus untuk mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019
Ada dalam kalangan ibu bapa berkenaan bertegas menghantar anak mereka ke sekolah biasa sedangkan perkara itu memberikan pelbagai halangan kepada anak mereka. - Gambar hiasan
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Zarina Zainuddin kasihan kalau kurung anak
Zarina berpandangan, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga kerana ia dilihat seolah-olah menyeksa mereka.
Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.
Anak istimewa Sarjan Faridah kerap mencari ibunya
Nurul Jannah sering bertanyakan mengenai ibunya dan masih belum memahami bahawa ibunya sudah tiada.
Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan
Walaupun menghadapi kekurangan pada kedua-dua kakinya akibat Cerebral Palsy, namun tahap pemikiran Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli selari dengan rakan sebayanya.
Bapa kongsi kisah anak autistik hilang, jadi pengajaran
Pengalaman berdepan kehilangan anak autistik selama tiga jam ketika berada di luar, menjadi pengajaran buat seorang bapa agar sentiasa menjaga emosi anak lelakinya yang kini berusia 7 tahun.
Kurang kesedaran punca anak istimewa lambat daftar sebagai OKU - Nancy
Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama ketua masyarakat dan pejabat daerah perlu mengadakan program berkaitan bagi mengenal pasti individu yang perlu didaftarkan.
Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay
Ahmad Idham kini giat memperjuangkan Hab Pendidikan Khas bagi mewujudkan satu sistem sokongan komuniti.
Faizal Tahir bersyukur dianugerahkan anak istimewa
Maryam Tahirah adalah anugerah terlalu istimewa buat dia dan seluruh keluarganya.
Kalau dia tengah mengamuk, saya pun tak boleh... - Zarina Zainuddin kongsi cara tenteramkan anak autistik
Begitulah hal yang sering dilalui Zarina yang sering berkongsi cara dia menguruskan dua anak sulungnya yang menghidap autisme.
Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.