KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud merupakan seorang yang sangat komited terhadap kerja, kata anak lelakinya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.
Mahmud Abu Bekir yang mengimbau kenangan bersama Abdul Taib berkata bapanya selalu pulang lewat dari kerja dan tugas menjaga anak-anak dipikul ibu mereka Allahyarham Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib.
Menurut beliau, walau sepenat mana sekalipun, Abdul Taib akan cuba meluangkan masa bersama anak-anaknya.
"Setiap kali beliau pulang, mukanya nampak penat, namun beliau sempat membawa kami menonton wayang atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas istiadat pengebumian jenazah Abdul Taib di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya di sini hari ini.
Mahmud Abu Bekir berkata Allahyarham bapanya pernah tertidur di dalam panggung wayang hingga berdengkur sewaktu menonton filem pertarungan Wuxia.
"Beliau penat, namun kerana kasihnya terhadap kami, beliau sanggup meluangkan masa biarpun tertidur hingga berdengkur. Itu lah ayah saya," katanya.
Mahmud Abu Bekir berkata Allahyarham bapanya seorang yang sangat tegas dan berdisiplin, namun takut untuk menguruskan anak-anak di bawah usia enam tahun kerana tidak pandai menukar lampin dan menyuap bayi makan.
Menurut Mahmud Abu Bekir, Abdul Taib selalu berpesan kepada beliau dan adik-beradiknya supaya berusaha keras dan tiada alasan untuk mereka tidak berbuat demikian.
"Namun, ada juga sisi lembutnya, beliau akan kata okey kalau gagal, tetapi yang lebih penting tahu bagaimana untuk bangkit semula. Pengajarannya kita jangan lari atau tidak berbuat apa-apa sebaliknya bangkit semula. Saya fikir itu yang berlaku dalam kerjaya politik bapa saya," katanya.
Mahmud Abu Bekir berkata Allahyarham bapanya kerap mempunyai tugas luar memandangkan menjawat jawatan menteri dalam Kabinet Persekutuan.
"Membesar bersamanya merupakan satu pengalaman yang hebat," katanya.
Jenazah Abdul Taib disemadikan bersebelahan dengan pusara Laila, yang meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009.
Pagi tadi, jenazah dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi membolehkan rakyat, orang kenamaan dan anggota Kabinet memberi penghormatan terakhir. Solat jenazah kemudian diadakan di Masjid Demak berdekatan dengan kediaman Allahyarham.
Abdul Taib, yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia pada usia 87 tahun di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam.
Kerajaan negeri memberikan penghormatan penuh dengan mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula semalam, dan bendera di seluruh Sarawak dikibarkan separuh tiang dengan semua acara hiburan ditangguhkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Mahmud Abu Bekir berkata Allahyarham bapanya pernah tertidur di dalam panggung wayang hingga berdengkur sewaktu menonton filem pertarungan Wuxia. - Gambar Bernama
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac
Mesir pada selasa mengesahkan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Ibu Allahyarham Ashraf , Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Tiga anak Allahyarham Muhammad Basir terima bantuan tunai Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi
Tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar menerima bantuan wang tunai menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok durian
Lelaki dikenali sebagai Fauzi itu sempat mengadu sakit perut ketika kejadian di Kebun Durian Desa Telemung, Indonesia.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.

Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.

Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia
Allahyarham Emilia menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun akibat penyakit kencing manis.