Rakyat Malaysia, Dr Abhimanyu Veerakumarasivam dinobatkan sebagai juara pertandingan pengucapan awam, Famelab International yang berlangsung di Cheltenham, United Kingdom pada Khamis.
Dr Abhimanyu yang bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menundukkan 11 finalis lain dari negara seperti Australia, Greece, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Dalam persembahan pusingan terakhir, beliau mengetengahkan tajuk berkaitan kanser dengan memberi tumpuan kepada mutasi DNA, peningkatan risiko kanser yang dipengaruhi faktor usia dan kajian genetik bagi menambah baik kualiti penjagaan serta rawatan pesakit kanser.
"Saya tidak pernah bermimpi untuk menang, tapi tetap yakin ketika mengakhiri penyampaian saya. Saya rasa, saya buat dengan baik dan berpeluang (untuk menang).
"Saya berharap kemenangan ini akan jadi peringatan bahawa rakyat Malaysia mampu bersinar di persada antarabangsa, dengan syarat kita terokai minat kita, dan bekerja keras.
"Saya juga berharap dengan kemenangan ini, dapat menunjukkan kepada dunia bahawa sistem pendidikan kita cukup mantap bagi melahirkan pemimpin untuk masa akan datang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Famelab International merupakan satu pertandingan pengucapan awam (public speaking) bertemakan sains. Peserta perlu menerangkan konsep sains yang dipilih dalam masa kurang tiga minit tanpa apa-apa alat bantuan audio visual.
Pertandingan separuh akhir pada Rabu menyaksikan Dr Abhimanyu memilih "oncolytic virus" atau virus pembunuh sel kanser sebagai taruhan.
Beliau membuka tirai persembahannya dengan aksi dramatik dengan melihat kepada jam tangannya, sebelum menyampaikan ucapannya dengan berkata: "Lima saat yang lepas, dua orang disahkan menghidap kanser, dan satu nyawa telah diragut kanser."
Maisarah Atan
Sat Jun 11 2016

Dr Abhimanyu (gambar) berharap kemenangannya akan jadi peringatan bahawa rakyat Malaysia mampu bersinar di persada antarabangsa. -Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Anak Malaysia Dr Abhimanyu harum nama negara di Famelab International
Dr Abhimanyu yang bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menundukkan 11 finalis lain dari negara seperti Australia, Greece, United Kingdom dan Amerika Syarikat.