ANAK bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah bertunang dengan seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar pada 4 Mei lalu.
Memetik laporan FMT, majlis pertunangan Nazifuddin Najib, 32 tahun, dan Fitri Aprinasari Utami, 25 tahun, yang juga merupakan anak kepada ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi itu diadakan di sebuah hotel di Jakarta.
Kedua pasangan itu dikatakan merancang melangsungkan perkahwinan pada Disember ini.
Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
Menurut FMT lagi, nama Tengku Puteri Zainah disebut bersama Najib dalam kad jemputan namun Najib dilaporkan tidak menghadiri majlis tersebut.
Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam senarai larangan keluar negara sejak beliau hilang kuasa tahun lalu.
Agensi
Fri May 17 2019

Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. - Sumber foto FMT

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anak Najib bertunang dengan ahli politik muda Indonesia
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah bertunang dengan seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar pada 4 Mei lalu.