PUTRAJAYA: Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar, telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan penghakiman terus dalam saman tuntutan cukai terhadapnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peguamnya Wee Yeong Kang, ketika dihubungi, berkata notis untuk tidak meneruskan rayuan itu telah difailkan pada 7 Sept lepas.
"Kami telah memfailkan notis itu pada 7 Sept dan memaklumkannya kepada mahkamah hari ini. Kami telah menarik balik rayuan kami," katanya.
Pengurusan kes itu hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman dihadiri Wee dan Peguam Kanan Hasil Muhammad Nabil Abdul Halim.
Mohamad Nizar telah merekodkan perintah persetujuan dengan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) pada 26 Ogos lepas berhubung pembayaran dalam kes tunggakan cukai sebanyak RM13.16 juta yang difailkan LHDN terhadapnya.
Perintah persetujuan itu adalah berkaitan taksiran cukai tambahan bagi tahun 2011 hingga 2017 termasuk faedah 10 peratus dan penalti lima peratus yang berjumlah RM13,159,821.94.
Pada 7 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Mohamad Nizar dan memerintahkan beliau untuk membayar tunggakan taksiran cukai dari 2011 hingga 2017 sebanyak RM13.16 juta.
Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 11 Ogos lepas.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes yang didengar melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Mohamad Nizar telah merekodkan perintah persetujuan dengan SCIT pada 26 Ogos lepas berhubung pembayaran dalam kes tunggakan cukai sebanyak RM13.16 juta yang difailkan LHDN terhadapnya. - Gambar fail
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.
Anak Najib tarik balik rayuan dalam kes tunggakan cukai RM13.16 juta
Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar, telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan penghakiman terus dalam saman tuntutan cukai