Seorang maut manakala dua cedera apabila dua buah kenderaan bertembung dalam kemalangan di Batu 20 Jalan Bintulu-Miri pukul 5.25 petang Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, Carine Chieng, 18, pelajar perempuan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), maut di lokasi kejadian manakala ibunya yang juga pemandu, Aban Hanyek, 48, cedera.
"Seorang lagi yang cedera ialah Rosdy Achan, 24, pemandu lelaki yang memandu Perodua Myvi," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Alexson berkata ketika kejadian, Aban, seorang surirumah, yang memandu kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri, bertindak memotong sebuah kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan menyebabkan berlaku kemalangan.
"Kedua-dua mangsa cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 09 2018

Ketika kejadian, Aban yang memandu kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza, bertindak memotong sebuah kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan, menyebabkan berlaku kemalangan. - Gambar hiasan

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Kes kemalangan jalan raya turun lebih 62 peratus di Sarawak
Setakat semalam, 115 kes kemalangan dicatatkan berbanding 304 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Anak perempuan maut, ibu parah, dalam kemalangan di Bintulu
Carine Chieng, 18, pelajar perempuan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), maut di lokasi kejadian manakala ibunya yang juga pemandu, Aban Hanyek, 48, cedera.

Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak
Sikap suka memotong kenderaan lain dalam keadaan berbahaya dan keluar simpang jalan tanpa memberi isyarat antara punca utama kemalangan jalan raya di Sarawak.

Pekerja ladang maut digilis lori sawit di Marudi
Seorang pekerja ladang kelapa sawit warge Indonesia maut selepas digilis sebuah lori dalam kejadian di Telliana Plantations, Bakong di sini semalam.