KUALA LUMPUR: Lagu irama joget yang menjadi sebahagian daripada seni tradisonal Melayu kini semakin dilupakan, khususnya dalam kalangan generasi baharu yang lebih gemar kepada muzik berentak seperti hip hop, rock serta K-pop.]
Bagaimanapun, penyanyi/ pelakon Rozita Rohaizad yang juga anak seniwati Allahyarham Mariani Ismail, tidak silu untuk mengetengahkan irama itu di peringkat antarabangsa semasa menyertai International Mother Language Day (Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa) yang diraikan di Aberdeen Multicultural Center, United Kingdom, Ahad lalu.
Rozita turut melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang untuk menjayakan festival itu yang dianjurkan sejak 2019.
Sambutan setiap 21 Feb itu diperkenalkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bertujuan mempromosi dan memberi kesedaran tentang kepelbagaian bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia.
Berkongsi detik manis tersebut, artis itu berkata, beliau memilih untuk menyanyikan lagu irama Malaysia bertajuk Joget Malam Pertama untuk diperdengarkan pada sambutan yang dijayakan secara dalam talian Zoom Meeting.
"Saya merakamkan persembahan menyanyi dan menari joget dalam bentuk video dengan memakai ala kebaya, berkain batik serta berlatarbelakangkan kereta lembu bagi memperkenalkan keunikan kebudayaan dan bahasa kita.
"Semasa dijemput, pada mulanya saya tidak tahu yang saya merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi peserta acara ini, rasa terkejut tapi dalam masa sama saya gembira dan bersyukur, " katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, antara negara yang turut membuat persembahan pada acara dalam talian itu ialah Slovenia, Poland, Scotland, Colombia, India, Bangladesh, Afrika Selatan, Mexico, Venezuela dan Romania.
Rozita sebelum ini pernah beberapa kali mewakili negara dengan mengadakan persembahan antaranya di National Multicultural Festival Canberra, Malaysia Festival Sydney dan Fuji Television Tokyo.
Beliau yang pernah membintangi drama tv bersiri seperti Tanah Kubur dan Gerak Khas turut berharap agar wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara cepat berakhir bagi memberi peluang kepadanya membuat persembahan di pentas luar negara bersama penari dan pemuzik, sekali gus memartabatkan lagi seni budaya negara di persada antarabangsa. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021
Rozita Rohaizad melakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang jayakan International Mother Language Day yang diraikan di Aberdeen Multicultural Center, United Kingdom, Ahad lalu. - Gambar Facebook ROZITA ROHAIZAD
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan, terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan menerusi Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Anak seniwati Mariani angkat lagu joget di persada antarabangsa
Rozita Rohaizad lakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang jayakan International Mother Language Day yang diraikan di Aberdeen Multicultural Center, United Kingdom, Ahad lalu.