Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian ibunya, yang dibunuh di Ladang Gadong, Banting, Selangor, pada 2010.
Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati Sofia, 25, Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17, memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftaran, Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Sept lepas melalui Tetuan Basharuddin Fa'izie Iskandar.
Kelima-lima pemohon itu menamakan JPN sebagai responden.
Hari ini, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Diana Md Razali menetapkan 25 Nov untuk mendengar permohonan kebenaran itu selepas kes itu disebut di hadapannya.
Peguam Mohd Iskandar Ismail mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan mendengar permohonan itu.
Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob mewakili JPN.
Dalam permohonan itu, anak Sosilawati antara lain memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan JPN pada 25 Julai lepas yang tidak mengeluarkan sijil kematian ibunya.
Mereka juga mahu supaya JPN mengeluarkan sijil kematian ibunya, kos dan juga lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam surat kepada JPN, kesemua pemohon berkata mereka memohon supaya JPN mengeluarkan sijil kematian itu bagi membolehkan pembahagian harta, saham dan aset-aset ibunya untuk diagih-agihkan kepada warisnya.
Erwan Suwari Rizuwan dalam afidavit sokongannya mendakwa JPN dalam jawapan lisan berkata, sijil kematian Sosilawati tidak boleh dikeluarkan kerana tiada mayat dijumpai berdasarkan Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan sekiranya tiada mayat dijumpai, orang itu akan dianggap hilang.
Anak lelaki Sosilawati itu mendakwa JPN berkata atas sebab itu, Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai di mana sekiranya orang itu tidak dapat dijumpai atau dihubungi selama tujuh tahun, satu anggapan kematian akan dibuat dan selepas itu surat anggapan kematian akan dikeluarkan.
Bagaimanapun, Erwan Suwari Rizuwan berkata dalam kes ibunya, terdapat keadaan khas bahawa walaupun mayat tidak dijumpai dan masih belum mencapai tujuh tahun namun mahkamah masih boleh sahkan kematian ibunya berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang diberikan semasa perbicaraan kes bunuh ibunya.
JPN dalam surat jawapannya kepada Erwan Suwari Rizuwan bertarikh 25 Julai lepas berkata berdasarkan nasihat perundangan memaklumkan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan oleh jabatan itu selepas rayuan kes empat tertuduh dalam kes bunuh Sosilawati di Mahkamah Rayuan diputuskan.
Mahkamah Rayuan menetapkan lima hari bermula 9 Feb 2015 untuk mendengar rayuan itu.
Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mereka didapati bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Bernama
Tue Oct 21 2014

Walaupun mayat Sosilawati tidak dijumpai, mahkamah masih boleh sahkan kematiannya berdasarkan keterangan dan bukti yang diberikan semasa perbicaraan. -Gambar fail
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Anak Sosilawati fail semakan kehakiman, mahu JPN keluar sijil kematian ibu
Lima anaknya memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk memaksa JPN mengeluarkan sijil kematian ibunya yang dibunuh pada 2010.