ALOR SETAR:"Saya akan teruskan usaha arwah ayah dalam pengkajian serta mempertahankan sejarah negeri Kedah dan negara Malaysia."
Demikian jelas Wan Iskandar Zulkarnain Wan Shamsuddin, 57 tahun, anak tokoh sejarawan Kedah, Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof, yang meninggal dunia pada Sabtu.
Wan Shamsuddin, 88 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre (KMC) pada petang semalam, dipercayai kerana sakit tua.
Menurut Wan Iskandar Zulkarnain, seorang arkitek, ilmu serta pengalaman ketika bersama bapanya semasa hayat beliau akan digunakan untuk meneruskan perjuangan Allahyarham selama ini.
Katanya, arwah yang juga bekas pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK) sememangnya cintakan sejarah dan pernah berpesan supaya mempertahankan hasil kajiannya dalam sejarah negeri dan negara.
Malah, galeri yang dibina khas Allahyarham di hadapan rumahnya, diberi nama Teratak Hamka, turut akan dijadikan muzium memorial tentang penulisan serta perjuangan Allahyarham.
"Saya sebenarnya dalam dua tahun lepas sudah mula berkecimpung dalam bidang ini.
"Saya seorang arkitek, tetapi mungkin sebab selalu ikut bapa pergi mesyuarat dan dengar cerita-cerita sejarah di negeri Kedah ini, saya jadi berminat dan tertarik untuk mengikut jejak langkah beliau.
"Jadi, dua tahun lepas saya menyambung pengajian dalam Masters in Heritage and Conservation Management. Sesuailah. Apabila hendak bercerita dengannya, senang. Dia pun suka bercerita dengan saya.
"Ketika menyiapkan thesis saya, beliau banyak menolong. Kemudian, saya ditawarkan buat PhD baru-baru ini, bermula Oktober lepas.
"Jadi, insyaAllah kalau dah berjaya nanti, saya memang ikut jejak langkah dia," kata Wan Iskandar Zulkarnain.
Sementara itu, anak sulung Wan Shamsuddin, Wan Noor Ain, 64 tahun, menceritakan saat terakhir bersama arwah bapanya.
Menurutnya, dia membawa bapanya ke Kedah Medical Centre kira-kira jam 4.15 petang semalam apabila beliau mengalami sesak nafas dan sukar untuk makan.
Allahyarham meninggalkan balu Datin Latifah Hassan, 86 tahun, enam anak dan 11 cucu.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Akar Peluru sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru selepas Zohor hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Dec 20 2020

Wan Iskandar Zulkarnain berkata, ilmu serta pengalaman ketika bersama bapanya semasa hayatnya akan digunakan untuk meneruskan perjuangan Allahyarham selama ini. - Astro AWANI

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Anak Wan Shamsuddin tekad teruskan dalam pengkajian sejarah
Arwah bapa pernah berpesan supaya mempertahankan hasil kajiannya dalam sejarah negeri dan negara.