BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Khamis berkata kes pembunuhan dengan tembakan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini adalah harga yang harus kita bayar untuk kebebasan. Kalau itu harga yang harus kita bayar, rasanya kita akan bayar — apa masalahnya?
Ya, apa masalahnya kerana kes tembak yang berlaku hampir setiap hari itu menurut polis bukannya kes rambang sebaliknya adalah perang antara kumpulan samseng merebut kawasan dan pengaruh. Kalau kita anggota kumpulan samseng, masuk akal kalau kita bimbang. Kalau kita buat jenayah besar dengan orang, wajar kita bimbang. Kalau kita warganegara yang baik, kenapa kita hendak bimbang dengan harga yang terpaksa kita bayar itu.
Ini bukanlah bermakna kita bersetuju bahawa mereka yang terbunuh dalam kes-kes tembak itu wajar mati dengan ditembak. Negara ini ada undang-undang. Tidak ada sesiapa yang boleh diambil nyawanya atau dicabut kebebasannya tanpa mengikut lunas undang-undang, dan undang-undang itu terpakai ke atas semua orang.
Tentang kes tembak yang banyak itu, polis dilaporkan sudah mendapat beberapa petunjuk dan sedang menyiasat. Yakinlah bahawa polis sedang melakukan sesuatu — biarpun mereka juga sibuk — atau dipaksa sibuk dan kemudiannya, dilihat sibuk — dengan kes-kes lain yang timbul kerana sesetengah daripada kita terlalu sensitif.
Kalau kita tidak mahu percaya kepada polis, kita mahu percaya kepada siapa lagi?
Apa yang pasti — sangat pasti — adalah sukar untuk kita percaya kepada mana-mana orang yang menolak kebebasan. Kebebasan bukan sesuatu yang kotor dan perlu dipandang jijik. Kebebasan bukan penyakit berjangkit yang harus dibasmi. Kebebasan juga bukan pantang larang yang perlu dielak. Kebebasan adalah fitrah manusia.
Biarlah kita diingatkan oleh kata-kata John F. Kennedy bahawa "kita akan membayar apa saja harga, menanggung apa saja beban, berdepan apa saja kesukaran, mendokong teman-teman dan menentang semua musuh" untuk memastikan kebebasan yang wajar dan bermakna dapat dicapai.
Adalah sangat malang kalau kita terlupa bahawa kebebasan merupakan antara asas pembentukan negara ini seperti yang diikrarkan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ikrarnya ialah mahu menjadikan negara ini "sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."
Kalau itu konsep yang menjadi asas pembinaan negara ini sepertimana yang telah dipersetujui oleh leluhur pendiri negara dan bangsa, bagaimanakah seharusnya sikap kita kepada orang yang menolak konsep asas kenegaraan itu?
Orang selalu ada salah faham — atau sebenarnya faham tetapi sengaja mahu mengelirukan orang lain — bahawa kalau ada kebebasan akan ada kekacauan. Sudah-sudahlah menipu seperti ini. Semua orang tahu bahawa tidak ada kebebasan yang mutlak kerana kebebasan yang mutlak akan membawa kepada kekacauan dan anarki.
Itu sebabnya manusia mengaturkan undang-undang untuk mengawal kebebasan. Kebebasan bukan bererti orang boleh melakukan apa saja. Kebebasan ada hadnya.
Perlembagaan Persekutuan dalam memberikan kebebasan bersuara misalnya turut membenarkan sekatan dikenakan ke atas kebebasan itu. Sekatan itu bagaimanapun bukannya sesuatu yang boleh dikenakan dengan sesuka hati. Ada syarat-syarat tertentu yang membolehkan sekatan dibuat seperti ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Bahawa kebebasan merupakan antara asas pembinaan negara ini adalah harga mati yang harus kita pertahankan. Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya sehari sebelum merdeka pun ada menyebut bahawa kebebasan yang diperjuangkan dalam merebut kemerdekaan adalah "kebebasan beragama, kebebasan bersuara, kebebasan untuk berkehendak, kebebasan untuk berpersatuan, kebebasan untuk berhimpun dan kebebasan untuk bergerak."
Ini harga mati yang tidak ada tawar-menawarnya lagi.
_______________________________________________
NOOR AZAM SHAIRI ialah Pengarang Urusan, AstroAwani.com
Noor Azam Shairi
Fri Aug 16 2013
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Malaysia bakal anjur sidang kemuncak keselamatan dan kesihatan pekerja ASEAN 2025
Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ASEAN 2025 dari 4 hingga 5 Ogos tahun ini.
Singapura jamin harga perumahan awam mampu milik
Singapura akan memastikan perumahan awam mampu dimiliki oleh rakyat dengan menyesuaikan dasar menerusi pemberian subsidi tambahan.
Perdana Menterinya, Lawrence Wong memberi jaminan harga flat Bina Ikut Tempahan yang baharu akan ditetapkan pada harga bersesuaian mengikut tahap pendapatan pembeli.
Perdana Menterinya, Lawrence Wong memberi jaminan harga flat Bina Ikut Tempahan yang baharu akan ditetapkan pada harga bersesuaian mengikut tahap pendapatan pembeli.
Penggiat industri serata dunia minat melabur dalam JS-SEZ
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini menjadi 'buah mulut' (topik perbualan hangat) dalam kalangan penggiat industri di rantau Asia.
Presiden Dewan Perniagaan One Belt One Road (OBORCC) Datuk Seri Tan Thian Lai berkata ia terbukti apabila beberapa syarikat dari China dan Timur Tengah mula menyatakan hasrat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek mega ini.
Presiden Dewan Perniagaan One Belt One Road (OBORCC) Datuk Seri Tan Thian Lai berkata ia terbukti apabila beberapa syarikat dari China dan Timur Tengah mula menyatakan hasrat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek mega ini.
Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.
Analisis Berita: Kalau ini harga yang perlu dibayar, apa salahnya?
Tun Dr. Mahathir berkata kes tembak kebelakangan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk kebebasan. Noor Azam Shairi memberikan reaksinya.