Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa analisis dadah yang dijalankan terhadap tiga spesimen diperoleh daripada mayat remaja Perancis-Ireland Nora Anne Quoirin termasuk spesimen hatinya pada 19 Ogos tahun lepas, tidak menemukan sebarang dadah biasa.
Suhana Ismail, 52, bertugas di Bahagian Toksikologi, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, yang turut menjalankan analisis pestisid organofosfat dan pestisid organoklorin terhadap ketiga-tiga spesimen berkenaan pada tarikh sama, juga tidak menemukan sebarang kehadiran racun makhluk perosak.
"Selain menjalankan analisis terhadap spesimen hati yang berlabel 'Nora Anne Quoirin', saya menjalankan analisis terhadap dua lagi spesimen berlabel 'Nora Anne Quoirin' iaitu peritonel fluid iaitu cecair yang diperoleh di dalam perut dan spesimen psoas muscle yang terdapat di bahagian pinggul atau punggung.
"Pestisid prganofosfat dan pestisid organoklorin pula merupakan sejenis racun makhluk perosak yang biasa digunakan dalam industri pertanian," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nur'Atiqah Sapari yang bertindak selaku pegawai pengendali dalam prosiding inkues bagi mencari punca kematian Nora Anne.
Saksi ketujuh itu yang berkhidmat di bahagian toksikologi sejak 15 Mei 2015 berkata ketiga-tiga spesimen bermeterai 'beg spesimen Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Tuanku Jaafar Seremban' diperoleh daripada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Nor Nikman Ahammed bagi membolehkan pihaknya menjalankan dua analisis untuk mengesan kehadiran dadah dan racun makhluk perosak.
Kepada soalan Koroner Maimoonah Aid mengapa beliau hanya menjalankan analisis berkenaan dadah dan racun makhluk perosak, Suhana berkata ini kerana bahagian toksikologi hanya menjalankan analisis berhubung dua perkara itu.
Maimoonah: Kamu memberitahu hasil analisis negatif dadah biasa atau common drugs, apa maksud common drugs?
Suhana: Ia merangkumi dadah-dadah yang boleh diperoleh over the counter seperti ubat jenis paracetamol yang prescribed oleh doktor atau dadah yang diambil oleh orang ramai secara salah seperti ecstacy dan kanabis.
Maimoonah: Berapa lama bagi seseorang yang konsisten mengambil ubat (mengandungi dadah) dan seorang lagi yang mengambil ubat secara on and off untuk untuk dadah itu kekal di dalam badannya.
Suhana: Bergantung kepada kadar metabolisme badan seseorang individu itu dan jangka hayat dadah tersebut boleh bertahan di dalam badan seseorang.
Seorang lagi saksi ahli kimia, Saiful Fazamil Mohd Ali, 45, memberitahu prosiding inkues bahawa analisis yang dijalankan terhadap dua sampel pasir yang diambil dari bawah mayat Nora Anne dan yang diambil dari kawasan berhampiran mayat, mendapati kedua-dua sampel pasir tersebut berkemungkinan berasal dari sumber yang sama.
"Saya membuat analisis dengan melihat ciri-ciri fizikal pada pasir dengan membandingkan kedua-dua sampel pasir tersebut. Saya berpendapat pasir-pasir tersebut berkemungkinan berasal dari sumber yang sama kerana kedua-dua sampel itu mempunyai taburan ketumpatan yang serupa antara satu sama lain," katanya.
Ditanya Koroner Maimoonah mengapa beliau menyatakan 'berkemungkinan', saksi kelapan itu menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai data mengenai ketumpatan tanah di seluruh Malaysia dan analisis hanya dijalankan berdasarkan dua sampel pasir itu yang diterima daripada pihak polis pada 16 Ogos 2019.
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.
Mayat Nora Anne ditemukan sembilan hari kemudian pada 13 Ogos, berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berkuasa.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja istimewa itu tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020

Nora Anne hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti di sebuah pusat peranginan di Pantai.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Analisis tiga spesimen mayat Nora Anne tidak temui dadah, racun perosak - Ahli kimia
Suhana Ismail, 52, bertugas di Jabatan Kimia Malaysia, turut menjalankan analisis pestisid organofosfat dan pestisid organoklorin terhadap ketiga-tiga spesimen berkenaan.