KUALA LUMPUR: ANCAMAN Israel untuk mengebom hospital di Gaza bercanggah dengan hak keselamatan manusia, kata pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd Amin.
Menurut beliau, tindakan sedemikian merupakan pelanggaran undang-undang kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
“Kemudahan dan akses kepada perubatan semasa situasi konflik bersenjata adalah prinsip yang mesti dipegang.
“Sebagai warga global yang bertanggungjawab, kita tidak boleh berdiam diri dalam membiarkan perkara sedemikian berlaku,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, ancaman oleh rejim Zionis untuk mengebom hospital bukan sekadar pelanggaran undang-undang antarabangsa, tegasnya, meperlihatkan satu bentuk penghinaan kepada sikap empati dan belas kasihan manusiawi.
Justeru, beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk kembali menegakkan keadilan untuk memastikan perkara sedemikian tidak berlaku.
“Sewaktu konflik, kita mesti melindungi mereka yang paling terdedah, yang cedera, yang sakit dan
orang awam yang tidak bersalah yang mencari perlindungan di institusi (hospital) ini.
“Saya, dengan ini, dengan segera menyeru masyarakat antarabangsa untuk membela keadilan dan
akauntabiliti,” katanya lagi.
Tambah Azril, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan medium asas bagi hal ehwal keadilan antarabangsa dan seharusnya perlu mengambil peranan melakukan pendakwaan jenayah terhadap langkah Israel.
“Perlindungan hospital semasa konflik bukanlah masalah perbahasan undang-undang tetapi komitmen terhadap teras kemanusiaan. Kita tidak boleh membenarkan tempat perlindungan ini diancam atau diserang tanpa hukuman,” kata beliau lagi.
Fahmi Izuddin
Mon Oct 16 2023

Antara bangunan di Semenanjung Gaza, Palestin yang runtuh akibat serangan udara oleh tentera Israel. - Gambar AP

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Ancaman Israel bom hospital di Gaza bertentangan undang-undang antarabangsa - Centhra
Kemudahan dan akses kepada perubatan semasa situasi konflik bersenjata adalah prinsip yang mesti dipegang.