KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Malaysia berasal dari Pakistan, Datuk Mohammad Tahir Rahat yang berhadapan dengan ancaman mafia di negara berkenaan memaklumkan bahawa beliau telah dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sana, Mohammad Azhar Mazlan pada Khamis.
Jelas Mohammad Tahir, menerusi pertemuan di kediamannya di daerah Hissari Nehri, Pakistan itu, beliau telah memaklumkan segala situasi yang terjadi kepadanya.
“Alhamdulillah, Mohammad Azhar juga telah memaklumkan bahawa mereka akan cuba sedaya upaya membantu mengenai isu keselamatan saya dan keluarga.
“Jadi, sekarang ini, saya gesa kepada kerajaan Malaysia supaya bantu mendesak pihak kerajaan Pakistan untuk bertanggungjawab berhubung keselamatan kami di sini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Baru-baru ini, Mohammad Tahir telah menyuarakan bantuan daripada Wisma Putra selepas kediaman mereka di negara berkenaan dihujani peluru oleh sekumpulan mafia tempatan pada Ahad.
Tambah beliau, seramai 200 orang mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumahnya sekitar jam 7 pagi.
Ujarnya, kumpulan tersebut turut bertindak menutup semua jalan keluar masuk ke kediamannya itu dari jam 7 pagi hingga 7 petang supaya tiada bantuan dapat diberikan.
Serangan itu dipercayai berpunca daripada tindakan mafia berkenaan yang mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun temurun.
Jelasnya, kumpulan itu kini telah menempatkan puluhan orang suruhan mereka di tanah berkenaan berjarak 50 ke 100 meter dari rumahnya bagi memerhati setiap gerak-geri yang berlaku. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 05 2023

Tahir (kanan) meluangkan masa berbual bersama Mohammad Azhar (kiri) di kediamannya di Hissari Nehri, Pakistan. - Sinar Harian

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang.
AWANI Ringkas: Pembedahan Kosmetik Tanpa Lesen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reputasi sebagai ahli ekonomi beri kelebihan PM baru kanada
Pemimpin baharu Parti Liberal Kanada Mark Carney, dipuji kerana reputasi antarabangsanya sebagai ahli ekonomi

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.
Putera Mahkota Arab Saudi, setiausaha AS bincang perkembangan serantau
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa dalam satu pertemuan di Jeddah pada Isnin.
Mahkamah AS halang usaha hantar pulang pelajar Palestin
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memerintahkan pelajar Columbia Palestin, Mahmoud Khalil, tidak akan dihantar pulang buat masa ini sebagai sebahagian daripada tindakan keras Presiden AS Donald Trump terhadap beberapa penunjuk perasaan anti-Israel.
Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, usaha ke arah itu, antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Program Veteran MyWIRA.
[TERKINI] Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lepas.

Polis tumpas sindiket dadah beroperasi di kedai runcit
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sebuah kedai runcit dalam serbuan di kawasan Taman Universiti, Johor Bahru.
Pantau Belanjawan: Hasil cukai meningkat, kesejahteraan rakyat terjamin?
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencatatkan rekod kutipan cukai baharu sebanyak RM184.8 bilion pada tahun 2024. Bagaimana ketegasan dan pendekatannya dalam memastikan pematuhan cukai, memainkan peranan penting? Mari dengarkan pandangan Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof. Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid untuk menganalisis kesan pencapaian ini serta impaknya terhadap ekonomi Malaysia pada masa hadapan.

Manipulasi saham, ahli perniagaan Malaysia kena penjara 36 tahun
Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dihukum 36 tahun penjara selepas didapati bersalah memanipulasi pasaran saham terbesar negara republik itu.

Ahli perniagaan Malaysia, Teow akan dihantar ke China - Polis Thailand
Ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China tidak lama lagi, meskipun polis Malaysia turut memintanya dihantar pulang ke tanah air.