Bagi pakar keselamatan siber, Fazli Azran, ugutan yang dibuat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia perlu dipandang serius.
Menerusi laman Facebook OWASP Malaysia, Fazli yang juga ketua Open Application Web Security Project (OWASP) Malaysia Chapter menasihati agar pentadbir sistem, rangkaian dan keselamatan bertindak segera.
Menurut Fazli, kemas kini sistem perlu dilakukan segera untuk mengelak laman web digodam.
Laporan akhbar Berita Harian hari ini turut menyatakan CyberSecurity Malaysia menggesa agensi kerajaan waspada terhadap serangan Anonymous Malaysia.
Kumpulan hacktivis Anonymous Malaysia menerusi sebuah video mengumumkan perang siber terhadap kerajaan Malaysia semalam.
Video lapan minit yang dimuat naik di sebuah akaun Youtube World of Buzz bertekad untuk melumpuhkan laman web di Malaysia.
Menurut kenyataan dalam video tersebut, Anonymous mengancam untuk melancarkan serangan pada 29 dan 30 Ogos, mulai jam enam petang hingga 11 malam.
Laman yang menggunakan gov.my dan edu.my menjadi sasaran bukan kerana sistem pertahanannya lemah tetapi merupakan kepentingan kerajaan Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang dikatakan menjadi sasaran utama ancaman Anonymous terbaharu ini.
Kumpulan tersebut mendesak Najib untuk meletak jawatan jika mahu mengelak serangan siber ke atas Malaysia.
Anonymous mendakwa serangan dirancang itu bakal menjadi serangan yang melumpuhkan rangkaian internet terbesar di dunia.
Laman web yang menjadi sasaran utama adalah laman milik 1MDB, NajibRazak.com, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia(PDRM).
Anonymous turut mengancam untuk melancarkan serangan terhadap 150 laman web lain dalam tempoh 48 jam jika permintaan mereka ditolak.
Ini bukan kali pertama Anonymous mengancam melakukan serangan siber terhadap laman web di Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan OWASP, terdapat banyak serangan penggodam yang tidak dikenali terhadap laman web di Malaysia setiap bulan.
Aktiviti defacement atau mencacatkan laman web berlaku hampir setiap bulan terhadap laman web gov.my dan edu.my.
Serangan terbesar berlaku pada bulan Mac tahun ini di mana 39 laman web gov.my dan 107 edu.my ditukar laman utamanya.
Jumlah tersebut menurun pada Jun, di mana hanya 15 aktiviti defacement dilakukan.
Sebelum ini, Anonymous pernah melancarkan Operation Malaysia pada 2011.
Ia merupakan protes terhadap kerajaan Malaysia yang didakwa menapis kandungan internet selain menghalang akses ke laman web perkongsian fail seperti Pirate Bay.
Sebagai kumpulan yang dikatakan memperjuangkan keadilan segajat, Operation Malaysia pula dilancarkan kerana dikatakan melanggar hak asasi manusia.
Ian Johan Ariff
Tue Aug 11 2015
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia ancam serangan siber besar-besaran terhadap Malaysia.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Malaysia dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber - CSM
Semua pengguna internet harus mengambil tanggungjawab melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber, dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.
PDRM buka kertas siasatan terhadap Anonymous Malaysia
Polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap Anonymous Malaysia yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber, hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Aantara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dalang kebocoran data peribadi
Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dan vendor terima rasuah dengan menggodam dan menguasai sistem serta melepaskan warga asing.
Siapa penggodam 'Anonymous Malaysia'? Ini ringkasan Trend Micro Malaysia
Kumpulan 'hacktivist' seperti 'Anonymous Malaysia' disertai anggota penggodam membentuk pakatan untuk kempen penggodaman tertentu.
Bagaimana mengelak serangan siber penggodam? Ini yang anda perlu tahu
Serangan pengodam terhadap sekuriti siber amat membimbangkan ketika ini terutama dalam dunia digital tanpa sempadan.
Risiko ancaman penggodam siber masih terkawal - MyCERT
Ancaman yang dibuat oleh kumpulan penggodam Anonymous Malaysia baru-baru ini adalah berbeza dengan ancaman yang pernah dilaporkan pada 2015.
Tindakan Anonymous Malaysia perlu dipandang serius - Pakar
Tindakan Anonymous Malaysia kembali muncul dengan mesej amaran kepada kerajaan Malaysia seharusnya dipandang serius.
Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
Kumpulan penggodam terkenal itu menyifatkan keselamatan siber negara berada di tahap rendah selain berisiko berlakunya kebocoran data.
Anonymous Malaysia tidak lagi sepakat, sudah berpecah
Anonymous Malaysia tidak terlibat dalam rancangan perang siber ke atas kerajaan Malaysia dan kumpulan itu sudah berpecah.