KUALA LUMPUR: Ancom Crop Care Sdn Bhd (ACC) berharap dapat memainkan peranan penting dalam pertanian tempatan dengan menyediakan peralatan kepada petani di negara ini untuk melaksanakan pertanian tepat.
Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) ACC, Anthony Tan, pertanian tepat mempunyai banyak faedah seperti membolehkan petani menggunakan sukatan baja yang betul pada masa yang sesuai untuk tanaman, mengawal pembaziran dan membantu alam sekitar.
“Pertanian tidak semudah dahulu. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira untuk hasil,” katanya.
Disebabkan itu jelasnya, ACC akan menawarkan dua jenis perisian yang dibuat dengan kerjasama kumpulan perlindungan tanaman dan baja Jerman HELM AG kepada petani tempatan untuk memudahkan proses pertanian mereka: SKYFLD dan Plantix.
"SKYFLD membenarkan ACC mengimbas koordinat sawah padi petani tempatan menggunakan satelit Sentinel. Melalui imbasan ini, ACC boleh menentukan kesihatan padi menggunakan formula untuk mengira panjang gelombang cahaya.
"Daun yang lebih sihat pada tanaman padi memantulkan lebih banyak cahaya inframerah dekat (NIR)," jelasnya.
Ketua Jualan ACC, Hii Yii Seng pula menjelaskan, Plantix adalah aplikasi mudah alih yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pengecaman imej untuk mengenal pasti penyakit tumbuhan, perosak dan kekurangan nutrien.
“Ini akan memastikan petani akan menggunakan racun perosak dan baja yang betul dan akan ada penjimatan selain tiada pembaziran,” katanya.
Ujar beliau, pertanian tepat menggalakkan konsep utama untuk beralih daripada pengalaman dan ke arah fakta boleh diukur melalui teknologi yang akan meningkatkan standard.
Katanya, petani muda sering kekurangan pengalaman untuk mengenal pasti isu dan penyelesaian apabila ia melibatkan sesuatu yang kompleks seperti pertanian.
“Dengan pertanian tepat, kami percaya kami boleh membantu petani meningkatkan hasil dan keuntungan mereka, meminimumkan sisa dan membantu alam sekitar menjadi lebih hijau,” katanya.
Awal bulan ini, agensi penyelidikan dan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara, Mimos mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan HELM AG dan rakan kongsi tempatannya, kumpulan pembuatan kimia Ancom Nylex Berhad, untuk menggunakan penyelesaian pertanian digital melalui platform yang dipanggil SKYFLD.
Mimos, HELM AG dan Ancom Nylex akan berkongsi kepakaran mereka dan melancarkan fasa perintis tempatan untuk memastikan jaminan kualiti merentas tanaman, wilayah, antara kriteria lain di seluruh negara.
Irwan Muhammad Zain
Wed Sep 20 2023
![Ancom Crop Care tawar peralatan untuk laksana pertanian tepat Ancom Crop Care tawar peralatan untuk laksana pertanian tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695217578_AncomCropCareSdn.jpg)
ACC akan menawarkan dua jenis perisian yang dibuat dengan kerjasama kumpulan perlindungan tanaman. - Gambar ACC
![Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739583016_TBeksidensarawak.jpg)
Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.
![LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739582330_TBLRABukitTemoh.jpg)
LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.
AWANI Pagi: Keindahan, keunikan destinasi agropelancongan di Malaysia
Kehadiran D'Bilut Agrofarm & Retreat dalam industri agropelancongan memberikan manfaat besar dengan mempromosikan pendidikan alam sekitar, menyediakan peluang rekreasi yang sihat, dan menyokong ekonomi tempatan melalui pelancongan berasaskan komuniti. Saksikan AWANI Pagi untuk menerokai keunikan agropelancongan di Malaysia.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
![Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739578700_TBSyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Februari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
PM: Tidak perlu Menteri Hal Ehwal Agama bukan Islam.
Setiap hari tiada beg plastik di Pulau Pinang mulai 1 Mac.
Isu premium insurans kesihatan dan caj hospital swasta.
PM: Tidak perlu Menteri Hal Ehwal Agama bukan Islam.
Setiap hari tiada beg plastik di Pulau Pinang mulai 1 Mac.
Isu premium insurans kesihatan dan caj hospital swasta.
![Lelaki dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika Lelaki dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739578476_TBbunuh.jpg)
Lelaki dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika
Pande telah dikurung selama 13 hari sejak 20 Januari lalu dan diseksa dengan teruk termasuk tubuhnya ditekap dengan seterika.
![Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739578428_HostagesFamily.jpg)
Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu
Ketiga-tiga tebusan itu adalah Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Alexandre Sasha Troufanov.
![UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026 UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739571579_TBwgs.jpg)
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026.
![UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739575347_TBMunichSecurity.jpg)
UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy
David Lammy berkata beliau dan JD Vance bersetuju Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mesti terlibat dalam rundingan damai.
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026, di bawah arahan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
![Ancom Crop Care tawar peralatan untuk laksana pertanian tepat Ancom Crop Care tawar peralatan untuk laksana pertanian tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695217578_AncomCropCareSdn.jpg)
Ancom Crop Care tawar peralatan untuk laksana pertanian tepat
Pertanian tepat mempunyai banyak faedah seperti membolehkan petani menggunakan sukatan baja yang betul pada masa yang sesuai untuk tanaman, mengawal pembaziran dan membantu alam sekitar.