PENJUALAN produk tiruan bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya isu ini sudah lama berlarutan.
Bukan sahaja syarikat atau pemilik jenama sah sahaja yang menanggung kerugian, malah pelanggan turut tertipu dengan produk yang dibeli.
Kualiti merupakan perkara utama yang perlu dijaga dan aspek sebenar yang pelanggan mahukan. Sebagai pengguna, kita sendiri memerlukan pembelian produk dengan nilai yang berbaloi.
Namun, terdapat segelintir pihak yang memanipulasi keadaan dengan menawarkan produk tiruan.
Bagi mengawal perkara itu, pengeluar serbuk pencuci jenama TOP (dari Jepun), Southern Lion dan prinsipalnya di Jepun bekerjasama dengan bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengekang kes penjualan produk tiruan jenama serbuk pencuci terkemuka itu.
Menerusi kerjasama tersebut, pihak KPDNHEP baru-baru ini berjaya menyita sebanyak 651 pek serbuk pencuci tiruan yang menyalahgunakan cap dagangan berdaftar detergen TOP tanpa autoriti ataupun kebenaran syarikat berkenaan.
Terdapat perbezaan di antara produk serbuk pencuci TOP tulen dengan yang tiruan:
1. Pengguna perlu meneliti visual pembungkusan. Bahagian atas bungkusan TOP yang tulen dipotong dengan menggunakan mesin, justeru ia kelihatan kemas dan tidak mempunyai bentuk potongan yang tajam.
2. Pembungkusan produk tiruan mengandungi banyak kesilapan ejaan.
3. Serbuk pencuci tiruan berkualiti rendah dan tidak berupaya mencuci dengan bersih.
4. Dijual pada harga yang murah melalui jualan kilat di laman media sosial.
Kita boleh menjadi pengguna yang bijak dan cakna agar dapat berbelanja dengan berhemah.
Pengguna perlu sentiasa membeli produk serbuk pencuci TOP daripada peruncit dan kedai dalam talian yang dipercayai supaya produk yang dibeli tersebut diyakini tulen.
Pengguna yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi talian Careline Southern Lion di 1800-880-133.
Orang awam juga boleh melaporkan penjualan produk yang disyaki palsu kepada KPDNHEP dengan menelefon Pusat Operasi Penguatkusaan di talian 1-800-886-800 atau 03-8882 6088.
Visual pendidikan boleh didapati di laman web Southern Lion, www.southernlion.com.my dan di laman Facebook TOP Detergent Malaysia, TOPdetergentMY.
Haikal Raman
Wed Jul 29 2020
Pengeluar serbuk pencuci TOP, Southern Lion menasihatkan pengguna untuk meneliti produk bagi mengelakkan membeli barangan tiruan.
Dialog Anak Muda: Sediakan modal insan kalis masa depan, bukan perkenal subjek baharu – Ketua Putera MIC
Ketua Putera MIC Kebangsaan dan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata pembangunan modal insan yang bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa depan adalah lebih mustahak daripada memperkenalkan subjek baharu dalam sistem pendidikan. Jelasnya, belia perlu mempunyai kelebihan beradaptasi dengan pantas mengikut trend industri semasa. #DialogAnakMuda
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Januari 2025
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Dialog Anak Muda: Kalau tak ikut ‘trend’, Hilang kerja
Kepakaran Ai, keselamatan siber dan literasi teknologi antara kemahiran yang dijangka berkembang menjelang 2030.
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Samsung lancar siri Galaxy S25, tetapkan piawaian baharu teknologi AI
Siri S25 terbaharu ini memperkenalkan teknologi True AI Companion, menawarkan pengalaman mudah alih paling intuitif dan peka terhadap keperluan pengguna.
AWANI Sabah+: Sabah peneraju CCUS
Sabah antara empat negeri yang dikenalpasti berpotensi menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) yang bakal memberi manfaat ekonomi buat negeri itu.
Tirai dilabuh, kini terpulang kepada pemimpin dunia
Najib Arof membawakan perkembangan semasa pada hari terakhir Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland dengan pelbagai isu dunia telah dibincangkan, kini terpulang kepada pemimpin dunia untuk laksana dasar.
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
Kreativiti pelajar istimewa semarakkan bulan kebangsaan
Program berkenaan bertujuan mengembangkan kemahiran murid istimewa serta menyemai semangat patriotik.
Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia
Baju itu direka untuk menyalurkan maklumat tekanan darah termasuk denyutan nadinya sepanjang pertandingan kepada penonton di televisyen.
Anda mampu bezakan TOP yang tulen atau tiruan!
Bahagian atas bungkusan TOP yang tulen dipotong dengan menggunakan mesin, justeru ia kelihatan kemas dan tidak mempunyai bentuk potongan yang tajam.
ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM
Pihaknya mengesan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk berkenaan di dalam talian.
Mariah Carey, pakai baju pemberian peminat
Kehadiran penyanyi antarabangsa itu benar-benar membuatkan peminatnya teruja apatah kali terakhir pelantun My All ini ke Malaysia sekitar tahun 2014.
'Kaji juga warna baju dan bangunan sekolah' - Najib perli Maszlee isu kasut, stoking
Najib berkata beliau tidak faham mengapa ada yang mengkritik Maszlee.
'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru
Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.
Tuah pakai baju Amirul Hamizan
Dua atlet muda negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, bergilir-gilir memakai baju berwarna biru dan hitam milik Amirul Hamizan, yang juga pengurus pasukan.
Atlet luncur ais Korea cemas, baju hampir terlucut
Yura pada mulanya berasa takut sebaik menyedari cangkuk belakang bajunya itu tercabut ketika sedang memulakan aksi.
UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini?
Laman media sosial hari ini kecoh kerana sehelai baju kerana warna baju itu menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk selebriti.