KOTA KINABALU: Kajian terkini WWF Malaysia menunjukkan bahawa anggaran populasi gajah yang lebih kecil di bahagian tengah Sabah, bukan disebabkan berlakunya penurunan populasi haiwan itu di kawasan tersebut.
Pengurus Pemuliharaan Gajah WWF Malaysia Dr Cheryl Cheah menerusi satu kenyataan semalam berkata, perbezaan anggaran itu adalah disebabkan keterhadan kaedah dalam kajian anggaran populasi gajah sebelum ini.
Katanya, sebuah penerbitan akademik oleh badan itu, bertajuk "Recent Estimate of Asian Elephants in Borneo Reveals a Smaller Population" (Anggaran Terkini Gajah Asia di Borneo Menunjukkan Populasi Lebih Kecil) menganggarkan populasi gajah Borneo di bahagian tengah Sabah adalah sebanyak 387 ekor dengan kepadatan 0.07 individu bagi satu kilometer persegi.
Cheah, yang terlibat dalam penulisan jurnal itu, berkata kawasan kajian meliputi habitat gajah di kawasan tengah Sabah, justeru anggaran tersebut hanya membabitkan gajah di Hutan Simpan Ulu Segama, Malua, Kuamut, Gunung Rara, Kalabakan dan Sungai Pinangah.
"Jika habitat gajah di kawasan lain di bahagian tengah Sabah seperti sebahagian Hutan Simpan Sapulut, Ulu Kalumpang dan Kalabakan dimasukkan, jumlah anggaran populasi gajah adalah kira-kira 451.
"Anggaran tersebut adalah lebih kecil (jumlahnya) berbanding yang dianggarkan sebelum ini dalam satu penerbitan yang dijalankan pada 2008 oleh Alfred.
"Populasi anggaran lebih kecil yang didapati daripada kajian ini bukanlah satu petunjuk bahawa terdapat penurunan populasi gajah di kawasan tengah Sabah. Sebaliknya kajian kami mendapati habitat gajah di kawasan tersebut kekal stabil dengan peningkatan keluasan kawasan perlindungan," tambahnya.
Menurut Pelan Tindakan Gajah Borneo Sabah 2020-2029 oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, pakar menjangkakan bahawa terdapat tidak lebih 1,000-1,500 ekor (gajah) di seluruh Sabah termasuk di kawasan tengah Sabah.
"Oleh sebab itu, anggaran tersebut tidak mengubah secara drastik keseluruhan populasi gajah Borneo di negeri ini," kata Cheah dan menambah anggaran baharu itu mengukuhkan sebab untuk terus mengkategorikan gajah Bornea sebagai spesies terancam sepenuhnya.
Beliau berkata sebarang keputusan tentang pengurusan populasi selepas ini, harus dipertimbangkan secara teliti iaitu dari segi impak ke atas kebolehhidupan populasi gajah.
Menurut Cheah, terdapat keperluan untuk pengumpulan lebih banyak data tentang gajah Borneo di kawasan tengah Sabah, khususnya parameter populasi seperti kadar kelahiran, kadar kematian secara semula jadi, nisbah jantina dan struktur umur, yang diperlukan bagi pemantauan trend dan pengurusan populasi.
"Saiz populasi sahaja tidak cukup untuk menilai kebolehhidupan populasi itu dalam jangka masa panjang, ia adalah penting untuk menganggarkan ciri-ciri utama lain bagi membuat kesimpulan tentang status populasi dan membangunkan polisi serta tindakan yang mantap dalam pengurusan populasi gajah," katanya.
Bagi membantu melindungi subpopulasi gajah di kawasan tengah Sabah, Cheah berkata, kajian itu mencadangkan agar tiada lagi kehilangan kawasan habitat.
"Kawasan perladangan hutan dan pertanian tidak boleh diperluaskan ke kawasan habitat tanah rendah dan kawasan perlindungan sedia ada tidak boleh dikecilkan, selain langkah-langkah bersepadu yang diperlukan untuk menangani isu kematian gajah yang disyaki berkaitan dengan keracunan dan pembunuhan gajah kerana pemusnahan tanaman dan harta benda," katanya.
Beliau berkata pembinaan jalan baharu seperti Lebuh Raya Pan Borneo mestilah dipastikan tidak menganggu habitat gajah selain dibina dengan mengambil kira pergerakan haiwan itu.
WWF Malaysia turut menekankan keperluan anggaran populasi terkini untuk subpopulasi gajah lain di Sabah iaitu di kawasan tanah rendah Kinabatangan, Tabin dan utara Kinabatangan.
WWF Malaysia juga akan bekerjasama erat dengan Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan Sabah untuk menyediakan bantuan teknikal dan sokongan bagi menjalankan pengiraan populasi di habitat-habitat terlibat ini, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
Pembinaan jalan baharu seperti Lebuh Raya Pan Borneo mestilah dipastikan tidak menganggu habitat gajah selain dibina dengan mengambil kira pergerakan haiwan itu. - Gambar hiasan
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.