Seorang lelaki warga tempatan anggota Geng 'Rizal Kundang' cedera ditembak polis di Desa Coalfields, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, polis yang sedang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta Naza Citra berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila kami suruh suspek yang berumur 40 tahun itu berhenti kenderaannya, suspek berdegil dan terus memecut laju kereta yang dipandunya sejauh satu kilometer daripada polis.
Kami mengejar kereta suspek dan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan mengenai tayar sebelah kiri suspek," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, malam tadi.
Abdul Aziz berkata sejurus melepaskan tembakan, suspek berhenti dan menurunkan seorang rakannya di tepi jalan dan meneruskan perjalanan sejauh satu kilometer lagi ke Desa Coalfields.
Berikutan itu, polis terpaksa mengejar kereta suspek manakala rakan suspek berjaya meloloskan diri di tepi jalan berkenaan.
"Polis kejar kereta suspek sehingga ke Desa Coalfields berhampiran dengan sebuah kedai serbaneka dan melepaskan lima das tembakan yang mengenai bahu kiri suspek.
"Tembakan itu menyebabkan suspek tidak dapat mengawal kenderaannya dan berhenti di tepi sebuah kedai serbaneka di lokasi kejadian sebelum ditahan anggota polis," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki suspek, polis menemui tiga parang dan kuku kambing yang diletakkan di bahagian depan tempat duduk penumpang.
"Selain itu, kami turut menemui sebutir peluru dalam beg galas serta peralatan untuk kegiatan samun. Berdasarkan rekod, kereta itu dilaporkan sebagai kenderaan curi.
"Hasil siasatan polis mendapati geng itu, dianggotai lima orang termasuk seorang wanita dan lelaki yang melarikan diri dalam kejadian berkenaan dipercayai terbabit dengan kes samun di Kuang, di sini, minggu lepas," katanya.
Abdul Aziz percaya suspek merupakan dalang utama dalam geng berkenaan yang disyaki terbabit dengan kejadian samun membabitkan seorang wanita yang kerugian RM300 dan telefon bimbit.
"Polis masih memburu anggota geng itu yang aktif dengan kegiatan samun di sekitar Kuala Selangor, Shah Alam, Petaling Jaya dan Sungai Buloh," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2016
Suspek merupakan dalang utama dalam geng berkenaan yang disyaki terbabit dengan kejadian samun membabitkan seorang wanita yang kerugian RM300 dan telefon bimbit. - Foto Astro AWANI
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Anggota Geng 'Rizal Kundang' cedera ditembak polis di Desa Coalfields
Seorang lelaki warga tempatan anggota Geng 'Rizal Kundang' cedera ditembak polis di Desa Coalfields, dekat sini, Khamis malam.
Sekeluarga berseronok naik kereta curi ditahan
Hasil siasatan mendapati kenderaan jenis Toyata Vios itu didaftarkan dengan nombor kenderaan palsu yang dipercayai milik kenderaan lain.