KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri berkenaan penggubalan undang-undang syariah, akan dilantik dalam tempoh terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata senarai individu yang terlibat telah dimuktamadkan yang terdiri daripada golongan pakar perundangan, kehakiman serta pengamal undang-undang di Malaysia.
"Sasaran bertempoh atau time frame yang diperlukan oleh jawatankuasa ini dalam menyelesaikan masalah perundangan Islam atau isu berkaitan dengan kompetensi negeri khususnya untuk membuat undang-undang Islam akan ditetapkan dalam 'term of reference' selepas selesai pelantikan anggota Jawatankuasa khas tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ia bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) mengenai bila Jawatankuasa khas pemerkasaan undang-undang syariah akan ditubuhkan, individu yang terlibat dan jangka masa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah perundangan agama.
Mohd Na'im berkata perlantikan itu dilakukan selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), pada 28 Ogos lepas yang mahukan satu Jawatankuasa Khas berhubung perkara itu diwujudkan segera.
Dalam perkembangan lain, Mohd Na'im berkata buat masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk menswastakan pengurusan pensijilan halal.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masih lagi kekal sebagai entiti yang sah untuk memberi perakuan halal terhadap mana-mana barangan, makanan, mahupun perkhidmatan.
Perkara itu, katanya selaras dengan titah Sultan Sharafuddin semasa mempengerusikan mesyuarat MKI berkenaan yang mahukan supaya urusan persijilan halal peringkat domestik dan antarabangsa terus dikekalkan di bawah Jakim, MAIN dan jabatan agama Islam negeri.
Sementara itu, sesi penggulungan berkenaan turut menjadi hangat seketika selepas Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mencelah dan mendakwa Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah membuat kenyataan mengelirukan berkenaan Minggu Solidariti Palestin yang diadakan di sekolah.
Tindakan itu telah menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang termasuk Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur), Lim Lip Eng (PH-Kepong), RSN Rayer (PH-Jelutong), Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).
Walaupun Ahmad Marzuk telah beberapa kali diarahkan menarik balik kenyataan itu oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng, namun beliau enggan berbuat demikian menyebabkannya diarah keluar dewan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023

Mohd Na'im berkata, senarai individu terlibat telah dimuktamadkan, terdiri daripada golongan pakar perundangan, kehakiman serta pengamal undang-undang di Malaysia. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.

SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah
Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.

Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas
Nor Hisham berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.