JASIN: Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang di perairan Pulau Undan, di sini Selasa lalu.
Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata bagaimanapun penilaian lanjut akan diteruskan memandangkan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan itu berlaku.
“Kalau mengikut laporan yang kita lakukan bahawa semua sekali termasuk dari segi peralatan memenuhi SOP kerana sebelum kejadian kta telah lakukan penyelaman sedalam 60 kaki.
“Kemudian kita teruskan ke 120 kaki dan itu bukanlah kumpulan pertama (kerana) kumpulan pertama telah selesai melakukan selaman dan semua SOP dipatuhi, namun kita tidak nafikan dalam apa jua kemalangan pihak kementerian akan membuat penilaian dan penambahbaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Jeti Anjung Batu, di sini selepas meninjau Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan di Pulau Besar pada petang Jumaat.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Lans Koperal Edrin Baintim, 25, dipercayai hilang sewaktu menjalani latihan selam di kedudukan 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Mangsa dikatakan hilang ketika latihan Eksesais Pari Harimau kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta kursus dari kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.
Mengulas lanjut Adly berkata, pihaknya juga tidak bercadang untuk menggantung sementara aktiviti latihan selaman lain yang sedang dilakukan selagi faktor keselamatan dan kelengkapan anggota diberi perhatian penuh.
Tambahnya, selain meluaskan kawasan pencarian, pasukan SAR turut menggunakan alat pengesan sonar bagi mengesan kedudukan mangsa yang hilang bagi mengenal pasti kedudukan tepat mangsa sama ada berada di dasar dan berapa meter kedalaman daripada bacaan teknologi sonar.
“Semua faktor itu kita akan ambil kira dan kita guna semua keupayaan kita untuk memastikan misi menyelamat memberikan hasil yang diharapkan,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Feb 10 2023
Adly hadir pada sidang media di Jeti Anjung Batu, Jasin selepas meninjau Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan di Pulau Besar pada petang Jumaat. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Bedah siasat mayat anggota komando esok - Polis
Proses bedah siasat mayat anggota komando yang ditemukan terdampar hari ini di kawasan paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat dekat sini akan dijalankan pagi esok.
SAR kesan komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan ditangguh
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota komando yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan Selasa lepas ditangguhkan bermula malam ini.
Anggota komando hilang, tidak berlaku pelanggaran SOP - Adly
Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran SOP yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang.