MELAKA TENGAH: Keluarga kepada anggota komando Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang hilang ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Undan, di sini, Selasa lalu hanya mengharapkan jasad anak bongsu dalam keluarga itu dapat ditemui.
Abangnya, Andy, 28, berkata, meskipun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki hari keempat, dia dan keluarga masih mengharapkan adiknya ditemui dalam keadaan selamat.
Dalam masa sama, Andy sekeluarga reda dengan apa sahaja ketentuan takdir.
Kata Andy, dia amat rapat dengan Edrin memandangkan adiknya itu sangat mengutamakan keluarga.
Bahkan, pada penghujung Januari lalu, mangsa, katanya, memindahkan sejumlah wang kepadanya bagi menyelesaikan semua bayaran bil kediaman ibu bapa mereka di Tongod, Sabah.
“Walaupun ketika ini Edrin sedang sibuk menjalani latihan komando, dia akan tetap ambil masa membuat panggilan video menghubungi keluarga dan kali terakhir kami melakukan panggilan video bersama pada awal bulan lalu sebelum dia menjalani kursus selam itu.
“Cutinya sekarang juga terhad dan kami sempat bersua pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini di rumah kakak di Klang, Selangor dan bulan lepas dia juga ada beri sejumlah wang pada saya memandangkan tiba gilirannya untuk bayar bil rumah di kampung,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Mengulas lanjut, kata Andy, kali terakhir mereka 10 beradik berkumpul adalah ketika majlis perkahwinan seorang kakaknya pada 22 Mei lalu dan pertemuan itu amat bermakna meskipun Edrin hanya mendapat pelepasan cuti selama empat hari.
Andy yang merupakan anak kesembilan itu berkata, dia hanya mengetahui berita kehilangan adik bongsunya pada jam 4 petang Selasa lalu melalui aplikasi WhatsApp.
Dia kemudian menghubungi sepupunya yang juga bertugas di Kem Iskandar, Mersing bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian itu.
“Memang terkejut lah apabila tahu berita itu menerusi kumpulan WhatsApp dan saya cuba sahkan dengan sepupu yang bekerja di kem sama dengan tempat adik saya bertugas dan dia maklumkan memang betul.
“Kebetulan abang saya yang juga seorang askar juga sedang berkursus di Semenanjung dan sekarang kami empat beradik berkumpul di sini dan ditempatkan di Kem Sungai Udang bagi mengikuti perkembangan kes kehilangan adik,” tambahnya.
Menurut Andy, ibu dan bapanya masih berada di kampung dan mereka sentiasa menunggu perkembangan positif.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Edrin dipercayai hilang sewaktu menjalani latihan selam di kedudukan 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Mangsa dikatakan hilang ketika latihan eksesais pari harimau kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta kursus dari kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.
Difahamkan, mangsa bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Feb 10 2023

Gambar fail anggota komando yang lemas, Lans Koperal Edrin Baintim (tengah) bersama ibu dan bapanya.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Keluarga anggota komando lemas di Pulau Undan terima pampasan
Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata waris mendiang akan menerima bayaran dalam dua bentuk iaitu bayaran bulanan dan bayaran sekali bayar.

Jasad anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah
Jasad Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah petang ini.

Menteri Pertahanan ucap takziah kepada keluarga mendiang Edrin
Menerusi hantaran akaun Facebooknya, Mohamad berkata pemergian Edrin kehilangan besar buat negara.

Selepas 12 hari, mayat komando lemas ditemui di Tanjung Sepat
Mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika melakukan latihan selaman di perairan Pulau Undan, di sini 12 hari lalu, ditemui di Tanjung Sepat, Banting.

Anggota komando lemas, keluarga harap jasad ditemui
Dalam masa sama, keluarga Lans Koperal Edrin Baintim reda dengan apa sahaja ketentuan takdir.