KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa pihak berkuasa menggantung pemimpin MTUC dan menyiasat agar dana kesatuan berkenaan dilindungi serta digunakan secara sah.
Seorang perwakilan dan anggota majlis berkenaan, A Sivananthan mendakwa timbalan Presiden MTUC, Mohd Affendy Abdul Ghani ketika sesi penutup Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan (TDC) baru-baru ini memaklumkan akan mengeluarkan RM1.5 juta daripada akaun deposit tetap MTUC untuk pentadbiran mereka, tanpa mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Jelas Sivananthan, akaun deposit tetap tersebut didakwa akan diisi semula apabila kepimpinan MTUC menerima geran daripada Pejabat Perdana Menteri berjumlah RM4 juta, yang diluluskan kerajaan untuk program latihan.
"Dengan jelas ia bercanggah dengan niat pemberian (geran berjumlah RM4 juta) yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Apabila pimpinan secara terang-terangan mengumumkan penyalahgunaan geran Perdana Menteri, ia juga menunjukkan bahawa mereka akan terus membelanjakan dana MTUC. Kami tidak mahu melihat dana MTUC disalahgunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 2 Julai lalu, Perdana Menteri ketika berucap merasmikan persidangan MTUC kali ke-42 memaklumkan kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan RM4 juta kepada MTUC untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan
Mengulas lanjut, dakwa Sivananthan lagi, kepimpinan MTUC yang dipilih pada September 2020 juga tidak mengemukakan dan membentangkan Penyata Akaun Tahunan yang diaudit untuk tahun berakhir dari Mac 2020 hingga 2022 kepada Majlis Am, mahupun TDC.
Katanya, anggaran belanjawan untuk tempoh 2023 hingga 2025 pula hanya dibentangkan pada 3 Julai lalu, iaitu pada hari kedua TDC.
Bagaimanapun, ujarnya anggaran belanjawan hanya boleh dibincangkan selepas meluluskan pendapatan dan perbelanjaan untuk 2020 hingga 2022, dan kegagalan berbuat demikian adalah pelanggaran besar peraturan TDC.
Dalam masa yang sama, beliau berkata ketika TDC diadakan pada 2 dan 3 Julai lalu, kira-kira 30 kesatuan sekerja membantah dan menuntut supaya kepimpinan MTUC menangguhkan TDC berkenaan.
Ia bagi membolehkan mereka membetulkan semua pelanggaran Perlembagaan sebelum mengadakan persidangan, ujarnya lagi.
Namun, kepimpinan MTUC dengan sokongan majoriti perwakilan yang intimidasi didakwa telah menolak bantahan dan meneruskan TDC berkenaan.
"Kami mengemukakan tuntutan sah kami agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menggantung kepimpinan supaya tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang tidak akan dilakukan, yang boleh menjejaskan lagi dan menjadikan Pusat Pekerja ini tidak dapat dibaiki.
"Walau bagaimanapun, pembayaran gaji pekerja dan utiliti mesti diuruskan, tanpa sebarang gangguan," katanya.
Sivananthan turut memaklumkan pihaknya telah memfailkan secara rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) Cawangan Selangor dan Ibu Pejabat RoS, Putrajaya berhubung persidangan MTUC yang diadakan tanpa mengikut Perlembagaan MTUC.
Perkara tersebut juga, katanya dibawa ke perhatian Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, dan Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri, untuk tindakan segera mereka.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 11 2022
Sivananthan mendakwa kepimpinan MTUC yang dipilih pada September 2020 juga tidak mengemukakan dan membentangkan Penyata Akaun Tahunan yang diaudit untuk tahun berakhir dari Mac 2020 hingga 2022 kepada Majlis Am, mahupun TDC.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Anggota Majlis Am MTUC gesa pihak berkuasa gantung kepimpinan MTUC, siasat perbelanjaan
Persidangan MTUC yang diadakan pada 2 dan 3 Julai juga didakwa tidak sah.