Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) berpangkat Sarjan, yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata nahas pada kira-kira 5.40 petang semalam waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) itu meragut nyawa Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32.
Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla.
Insiden itu turut menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal Nur Syahied Taib dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun.
"Kemalangan berlaku semasa anggota sedang melaksanakan konvoi pergerakan pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin," kata Zulkifeli pada sidang akhbar di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Konvoi pergerakan Kumpulan FP itu melibatkan 41 anggota dan lapan kenderaan tentera pelbagai jenis.
"Allahyarham Rosdi meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anggota yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan," kata Zulkifeli.
Nur Syahied yang cedera parah kini dirawat di Hospital Saint George di Beirut manakala Mohamad Aizuwan dimasukkan ke Hospital Tibnin.
Zulkifeli berkata Rosdi, yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu Aliza Ariffin serta tiga anak, iaitu seorang lelaki berusia lapan tahun dan dua perempuan berumur enam dan tiga tahun.
"Jenazah akan diuruskan Malbatt 5 untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba di tanah air pada Isnin, sebelum disemadikan di kampung halaman isterinya di Ipoh," katanya.
Sebelum menyertai misi itu, Allahyarham bertugas di 2 Worksyop yang berpangkalan di Ipoh, Perak. Zulkifeli berkata beliau sudah mengarahkan agar insiden itu disiasat segera.
Dalam pada itu, Hishammuddin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rosdi.
Bernama
Sat Aug 24 2013
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

39 penunjuk perasaan antikudeta Myanmar terbunuh
Sekurang-kurangnya 39 penunjuk perasaan antikudeta terbunuh setakat ini, ketika peserta demonstrasi di seluruh Myanmar terus cuba membantah pemerintahan tentera di negara itu.

Tentera akan kekal berkecuali - Panglima Angkatan Tentera Thailand
Panglima Angkatan Tentera Thailand Apirat Kongsompong berkata angkatan tentera akan sentiasa bersama rakyat untuk melindungi negara dan monarki.

Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.
Anggota Malbatt maut dalam nahas di Lubnan
Kenderaan kembalik dinaiki mangsa hilang kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.