Anggota Parlimen Pengkalan Chepa dari Pas, Ahmad Marzuk Shaary diarah keluar dari persidangan Dewan Rakyat bagi tempoh dua hari selepas menggunakan perkataan 'pondan' terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon membuat keputusan itu mengikut Perkara 44 (2) Peraturan Mesyuarat setelah Ahmad Marzuk enggan menarik kembali perkataan itu walaupun diarah berbuat demikian.
Terdahulu, ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama 2018, Ahmad Marzuk membangkitkan isu tender terbuka yang didakwa merupakan agenda menghapuskan masa depan kontraktor Bumiputera.
Bagaimanapun, Lim menafikan perkara itu dan menjelaskan sistem tender terbuka bagi membolehkan kontraktor terbaik dari kalangan bumiputera dipilih.
"Itulah yang saya kesal, Pengkalan Chepa mainkan sentimen, ini tidak benar," katanya.
Bagaimanapun, Lim yang mahu meneruskan hujahannya diganggu Ahmad Marzuk yang bertegas ingin mengemukakan bukti mengenai perkara berkenaan.
Ahmad Marzuk yang tidak berpuas hati dengan tindakan Lim yang tidak memberikan ruang kepadanya, kemudian melaungkan kata-kata: "Saya anak jantan, bukan pondan macam Bagan (Lim)" menyebabkan anggota Parlimen kerajaan meminta beliau menarik balik perkataan itu.
Ahmad Marzuk yang akur selepas diarah keluar dewan, disertai anggota Parlimen blok pembangkang yang lain sebagai tanda protes.
Rang undang-undang itu lulus di peringkat dasar hari ini dan akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa esok.
Lim ketika membentangkan rang undang-undang dan usul itu bagi bacaan kali kedua berkata perbekalan tambahan itu melibatkan RM15.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM4.1 bilion bagi perbelanjaan mengurus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan itu mengikut Perkara 44 (2) Peraturan Mesyuarat setelah Ahmad Marzuk enggan menarik kembali perkataan itu walaupun diarah berbuat demikian. - Gambar fail
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir'
Ahmad Marzuk menjelaskan bahawa kenyataan berhubung 'DAP kafir' mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang sebelum ini, yang dilapor melabelkan parti itu sebagai 'kafir harbi'.

Soalan lewat diterima punca timbalan menteri gagal jawab - Pegawai
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ling lewat menerima soalan daripada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Dakwa gagal jawab soalan, Ahmad Marzuk minta Menteri Pendidikan, Timbalan letak jawatan
Sepanjang penglibatannya dalam sidang Parlimen, beliau tidak pernah melihat perkara itu berlaku dan menganggap Timbalan Menteri tidak kompeten kerana gagal menjawab soalan.

Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan
Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancang.

"Kami lebai-lebai pun tahu mentadbir" - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN - Pengkalan Chepa) menasihatkan kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH).

Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing antara tumpuan Parlimen hari ini
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.

PRU15: Hormati proses demokrasi, elak cetus provokasi - Ahmad Marzuk
Penyokong parti perlu menanam sifat toleransi dan kerjasama yang jitu antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian sepanjang tempoh PRU15.

Khutbah Jumaat tidak sepatutnya sentuh politik - Ahmad Marzuk
Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutamanya yang dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Penganjuran konsert artis Barat: 'Jangan undang kemurkaan Allah' - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, beri peringatan berhubung kekerapan penganjuran konsert artis Barat di negara ini.

Ajaran Hadi Minallah: Segerakan muzakarah fatwa peringkat negeri - Ahmad Marzuk
Majlis Agama Islam Negeri digesa untuk lebih proaktif dalam mengadakan muzakarah berhubung fatwa bagi mengekang terhadap pengasas mahu pun gerakan ajaran sesat.