SERDANG: Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 Nov lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua orang awam yang dituduh merupakan rakyat tempatan manakala seorang lagi merupakan warga Bangladesh.
"Susulan itu, pihak polis sudah membuat lapan tangkapan dan daripada empat dituduh merupakan seorang anggota polis," katanya.
Keempat-empat suspek dituduh mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, katanya kepada pemberita selepas Program Refresh Session Go to Safety Point (GTSP) di Petronas Solaris, di sini, hari ini.
Pada 7 Nov lepas, seorang wartawan warga Bangladesh mendakwa diculik dan diseksa selama tiga hari oleh beberapa lelaki tempatan yang mengaku anggota polis di sebuah rumah di Klang, Selangor.
Lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali itu berkata, sepanjang tempoh itu, dia dipukul, dirotan, diterajang di perut dan dikelar pada bahagian tangan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang meminta wang berjumlah RM1.9 juta daripadanya, jika mahu dilepaskan.
Mengenai perkembangan kes pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 25 Nov lepas, beliau berkata, sembilan suspek telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.
"Pada Ahad lepas, polis menahan 23 individu dan kita sedang mengesan dua lagi suspek yang dikehendaki," katanya.
Terdahulu, Hussein dalam ucapannya pada majlis itu berkata GTSP merupakan inisiatif kerajaan supaya orang ramai boleh mendapat bantuan awal ketika situasi kecemasan.
"Stesen minyak adalah tempat strategik yang mana orang awam boleh pergi pada bila-bila masa dan kebanyakannya dibuka 24 jam," katanya.
Beliau berkata, peranan dan tanggungjawab pengusaha atau pemilik stesen minyak GTSP adalah untuk menyediakan tempat rehat kepada mangsa, menenangkan dan memberi rawatan awal (jika berlaku kemalangan). - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 Nov lepas, kata Datuk Hussein Omar Khan. - Gambar fail BERNAMA
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Anggota polis antara 4 dituduh culik wartawan Bangladesh
Dua orang awam yang dituduh merupakan rakyat tempatan manakala seorang lagi merupakan warga Bangladesh.