GEORGE TOWN: Seorang anggota polis mengalami kecederaan luka di tangan ketika cuba menahan seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan, di Lebuh Chulia, di sini ,semalam, yang video berhubung kejadian itu turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong, berkata dalam kejadian 8.35 malam itu, lelaki berusia 56 tahun itu bukan sahaja mencederakan anggota polis tersebut malah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota tersebut ketika hendak ditahan.
"Pihak polis pada mulanya menerima panggilan telefon daripada orang awan yang memaklumkan seorang lelaki tempatan telah membuat kecoh dan menumbuk muka serta kereta milik orang awam di kawasan Lebuh Chulia itu.
"Pihak polis terus ke lokasi kejadian dan ketika cuba menahan lelaki itu, suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas dan semasa hendak menahannya berlaku pergelutan sehingga menyebabkan anggota tersebut cedera luka di tangan," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, semasa ditahan suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah.
Soffian berkata suspek, yang tidak bekerja dan mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah itu, kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes itu disiasat mengikutb Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.
"Pihak polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dan saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video berkenaan kejadian tersebut di media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial satu video yang berdurasi tujuh saat memaparkan seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk telah bertindak menumbuk muka dan kereta orang awam di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang berdurasi tujuh saat memaparkan seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk telah bertindak menumbuk muka dan kereta orang awam di kawasan itu. - Gambar/ Media sosial

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Nahas Jambatan Pulau Pinang: Pemandu Vios positif ganja
Siasatan awal polis mendapati pemandu Vios merupakan rakan mangsa dan mereka sebelum itu berhibur bersama tujuh rakan lain di Lebuh Chulia.

Lelaki maut terhidu asap daripada sistem audio kereta terbakar
Seorang lelaki maut dipercayai akibat terhidu asap berlebihan selepas sistem audio kereta yang dipandu rakannya terbakar di Lebuh Chulia di sini tengah malam tadi.