Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di rumahnya awal hari ini dan sepucuk pistol turut ditemui di sisi mayatnya.
Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata Lans Koperal Mohd Sobri Abd Rahman, 29, ditemui mati pada 12.20 pagi dan beliau pulang ke rumah pada 11.30 malam selepas menjalankan tugasan rondaan, malam tadi.
"Beliau meninggal dunia akibat luka tembakan, tempat di mana beliau menunaikan solat," katanya kepada Bernama.
Turut ditemui sepucuk pistol separa automatik jenis Walther P99, katanya. Mohd Sobri, yang berasal dari Perak, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun, kata Adzhar sambil menambah Mohd Sobri menjalankan tugasan am di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan sejak enam tahun
lepas.
Adzhar berkata Mohd Sobri bergiat aktif dalam sukan, merupakan pelatih perarakan dan pengadil futsal pada Sukan Persahabatan BIMP-EAGA yang baru berakhir.
"Sobri merupakan seorang anggota polis yang sangat berdedikasi. Dia akan sentiasa dikenang oleh rakan-rakannya," kata seorang anggota polis.
Jenazah Mohd Sobri akan diterbangkan ke kampung halamannya di Gerik, Perak, untuk disemadikan.
Bernama
Fri Dec 12 2014

Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumahnya awal hari ini dan sepucuk pistol turut ditemui di sisinya. -Gambar fail

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Rogol berkumpulan: Budak lelaki 10 tahun antara yang dikehendaki di Labuan
Seorang budak lelaki berumur 10 tahun sedang dicari polis berhubung kes rogol berkumpulan.

Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan
Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di rumahnya awal hari ini dan sepucuk pistol turut ditemui di sisi mayatnya.