KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran kehilangan ibu bapa dan adik bongsunya yang meninggal dunia akibat COVID-19 baru-baru ini.
Ibu Siti Nurul Hawana, Hasminah Parmin, 57, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada jam 4 pagi, Jumaat lalu manakala bapanya, Amran Sadon, 56, meninggal dunia di hospital sama enam jam kemudian.
Siti Nurul Hawana berkata, dia menerima pula berita kematian adik bongsunya, Muhammad Luqman Idham Amran di Hospital Sungai Buloh, pada jam 6 pagi, Ahad.
"Saya reda dengan ketentuanNya dan menganggap kematian ibu dan bapa saya pada Jumaat sebagai hari yang baik.
"Hari ini pula, saya kehilangan adik bongsu, saya berdoa semoga roh ketiga-tiga ahli keluarga saya ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, pada masa ini, adik ipar dan anak buahnya yang juga seorang bayi disahkan positif dan sedang menjalani kuarantin di rumah.
Siti Nurul Hawana juga memaklumkan, dia telah mengambil vaksin COVID-19 dengan dos kedua pada 7 Mei lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi turut mengucapkan takziah kepada Siti Nurul Hawana dan semua ahli keluarganya atas kehilangan tiga orang tersayang dalam tempoh tiga hari.
"Saya ingin sampaikan takziah kepada keluarga Siti Nurul Hawana dan saya mahu tegaskan kepada orang ramai bahawa dalam keadaan genting seperti ini kami (polis) juga turut kehilangan ahli keluarga tercinta akibat pandemik COVID-19.
"Meskipun dalam keadaan tertekan akibat ada ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19, kita masih menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara khususnya pada masa pandemik ini," katanya.
Eng Lai berharap supaya masyarakat terus kekal mematuhi arahan yang ditetapkan seperti duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting bagi memastikan wabak COVID-19 dapat dihindarkan.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Sinar Harian
Sun May 23 2021
Eng Lai menyampaikan sumbangan kepada Siti Nurul Hawana di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.
Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air.
Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah
Polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas
Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa.
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.