KLUANG:Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 6 Jalan Kluang - Teck Wah Hing, di sini, lewat malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata Lans Korporal Bradford Bernard terlibat dalam kemalangan itu selepas tamat bertugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.
Beliau berkata pihak polis menerima laporan pada pukul 10.25 malam menyatakan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dari arah Kluang dan sebuah motosikal dari arah Simpang Renggam.
Abdul Razak berkata pemandu kereta terbabit hilang kawalan ke atas kereta dipandunya dan bertembung dengan motosikal Bradford, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.
Katanya, mangsa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas selesai tugasan di Penjara Simpang Renggam.
"Mangsa yang sudah berkahwin meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.
"Suspek yang berusia 58 tahun kini ditahan dan hasil saringan ujian nafas EBA II didapati positif alkohol serta melebihi had yang dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan mendapati pemandu kereta terbabit mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kini direman selama empat hari untuk siasatan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan penjara maksimum 15 tahun serta hilang kelayakan lesen memandu melebihi 10 tahun jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021

Polis menerima laporan pada pukul 10.25 malam menyatakan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dari arah Kluang dan sebuah motosikal dari arah Simpang Renggam. - Gambar hiasan
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Bintang Smallville ditahan, memandu dalam keadaan mabuk
Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kes mengamuk guna parang di Telok Panglima Garang
Seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang gara-gara ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya di Telok Panglima Garang di sini pada Sabtu.

Memandu dalam keadaan mabuk, jurulatih badminton didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal
Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.

Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.

Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.

Wanita maut dibakar suami sendiri
Seorang wanita maut dipercayai dibakar suaminya sendiri dalam kejadian di Kampung Tinagalan, Sook, dekat Keningau Jumaat lalu.

Berang pasang muzik kuat, lelaki kelar leher rakan
Seorang lelaki warga Myanmar diberkas selepas dipercayai mengelar leher rakannya menggunakan pisau pemotong sayur di sebuah asrama pekerja di Jalan Pantai Puteri, pada petang Khamis.

Anak bunuh bapa mabuk di Port Dickson
Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh anak lelakinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman DAmbang Kota, Lukut di sini tengah malam tadi.

Berenang dalam keadaan mabuk, lelaki warga Nepal ditemukan lemas di lombong
Mangsa ke lokasi kejadian bersama dua rakannya sebelum bertindak terjun dan berenang di lombong berkenaan seorang diri.

Baik pulih trek joging, pantau individu mabuk waktu malam di Padang Ipoh
Terdapat aduan yang mendakwa padang itu menjadi tempat segelintir pihak meneguk arak dan mabuk pada malam hari.