Anggota Pasukan Petugas Khas (PKK) bagi menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis sosial Amri Che Mat, Datuk Mokhtar Mohd Noor telah menarik diri secara sukarela daripada pasukan tersebut.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, keputusan terbabit dibuat atas rasa tanggungjawab beliau untuk memelihara integriti dan ketelusan PPK ekoran tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keanggotaan beliau dalam pasukan berkenaan.
"Beberapa pertubuhan bukan kerajaan telah mempersoalkan pelantikan beliau sebelum ini kerana beliau dipercayai terlibat secara langsung dalam kedua-dua kes kehilangan Koh dan Amri.
"Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali kerana beliau bukan merupakan saksi atau pegawai yang menyiasat kedua-dua kes ini.
"Pelantikan Mokhtar dibuat berdasarkan profesionalisme dan kepakarannya sebagai bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai pengetahuan luas berkaitan isu perundangan PDRM yang boleh membantu PPK menjalankan fungsinya," menurut kenyataan itu.
"Kementerian Dalam Negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Mokhtar Mohd Noor atas komitmen beliau untuk membantu mencari keadilan kepada keluarga mangsa kehilangan selain kesanggupan untuk mengambil kira pandangan awam mengenai keanggotaannya dalam PPK agar tidak menjejaskan kredibiliti siasatan dan hasil laporan yang akan dikemukakan nanti," menurut kenyataan itu.
Pelantikan anggota baharu PPK sebagai pengganti Mokhtar akan dibuat dalam waktu terdekat, menurut KDN.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas mengumumkan PPK ditubuhkan dengan melibatkan enam anggota yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abd Rahim Uda.
Selain Mokhtar, pasukan itu turut dianggotai oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid.
Pegawai Undang-undang Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Mohd Sophian Zakaria dan Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis KDN Mohd Russaini Idrus turut menyertai pasukan itu.
Pada April lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengeluarkan laporan yang membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas terlibat terhadap kehilangan secara paksa Koh serta Amri, dan susulan laporan itu, Kabinet pada 23 Mei bersetuju sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi meneliti laporan Suhakam itu.
Koh, 64, dilapor diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng ketika memandu di Kelana Jaya, dekat sini, pada 13 Feb 2017, sementara Amri, 44, pengasas bersama Persatuan Kebajikan Harapan Perlis, hilang sejak 24 Nov 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2019

KDN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mokhtar (gambar) atas komitmen beliau untuk membantu mencari keadilan kepada keluarga mangsa. - Gambar fail

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Kehilangan aktivis Amri Che Mat: Kerajaan nafi sensitif, enggan dedah hasil siasatan
KDN menafikan kerajaan terlalu sensitif untuk mendedahkan laporan berhubung kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat secara terhad kepada isterinya Norhayati Mohd Ariffin.

Kehilangan Amri Che Mat: Mahkamah benar kerajaan gantung perintah keluar laporan pasukan petugas khas
Norhayati turut mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia, polis dan 19 individu lain berhubung kehilangan suaminya.

10 berita pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling meraih perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 19 November 2019.

Anak-anak masih bertanya 'Ayah di mana?' - Isteri Amri Che Mat
Isteri Amri Che Mat, Norhayati Mohd Arifin berkata anak-anak mereka masih lagi tertanya-tanya di keberadaan ayah mereka.

KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial
Kementerian Dalam Negeri KDN telah melantik dua ahli baharu bagi Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan dua aktivis sosial, Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Ahli pasukan petugas khas kes Amri dan Koh akan ditambah
Muhyiddin berkata pihaknya berpendapat anggota pasukan petugas khas itu perlu ditambah seorang lagi.

Anggota PPK siasat kehilangan Koh dan Amri, tarik diri
Keputusan terbabit dibuat atas rasa tanggungjawab beliau untuk memelihara integriti dan ketelusan PPK ekoran tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keanggotaan beliau dalam pasukan berkenaan.

Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.

Isteri Pastor Koh dakwa komposisi Pasukan Petugas Khas tidak adil
Isteri kepada Pastor Raymond Koh, Susanna Liew hari ini mendakwa barisan ahli Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan, tidak adil, memandangkan tiada representasi dari Majlis Peguam, SPRM dan NGO.

Salah seorang ahli pasukan petugas khas berkepentingan - Isteri Amri Che Mat
Datuk Mokhtar dahulu ketuai jabatan yang telah dikaitkan dengan salah guna kuasa, dalam siasatan berhubung kehilangan Amri pada 2016, kata Norhayati.