Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera parah selepas terkena tembakan kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusoff berkata mangsa, Azamuddin Azizan, 26, cedera di beberapa bahagian badan termasuk bahu kanan, siku kanan dan kedua-dua belah lutut dalam kejadian itu.
Beliau berkata ketika kejadian, Azamuddin bersama seorang lagi anggota tentera sedang membuat rondaan selepas mendapat aduan terdapat lubang di pagar sempadan.
"Mangsa dan rakannya sedang membuat pemeriksaan selepas mendapat laporan, sebelum berlaku tembakan dari seberang pagar. Mangsa kemudiannya terkena tembakan dari arah Thailand dipercayai menggunakan senapang patah.
"Selepas melihat mangsa ditembak, rakannya membawa mangsa ke kawasan yang selamat sebelum bantuan tiba. Rakan setugas mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di sini.
Ibrahim berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dan keadaannya dilapor stabil.
Beliau berkata suspek dipercayai melepaskan tembakan dari kawasan semak berhampiran sempadan, kira-kira 30 meter dari pintu pagar kawalan, namun bilangan suspek sukar dikenal pasti kerana keadaan yang gelap.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat tempat kejadian petang tadi, berkata kes berkenaan dipandang serius kerana membabitkan tembakan dipercayai dari arah negara jiran.
Polis akan menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan, katanya.
"Saya juga menyeru penduduk di sempadan supaya sentiasa memaklumkan pada pihak polis kalau tahu ada perkara-perkara yang melanggar undang-undang," katanya.
Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat tempat kejadian diiringi Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron.
Bernama
Sat Aug 10 2013
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Pengurusan taman tema akan dipanggil - MB Selangor
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
PM hulur sumbangan kepada bapa tunggal di Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal dikenali sebagai Mohammad yang menyara lima anak di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati, dipengaruhi tarif AS
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.41–RM4.44 minggu depan, dengan trajektori bergantung pada dasar tarif AS dan hubungan perdagangan Malaysia-China.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu depan
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Daftar nama, permudah mangsa terima bantuan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sekiranya terputus hubungan, mangsa banjir boleh terus menghubungi pihak sekretariat supaya bantuan dapat dihantar.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak & Sabah menurun
Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus berkurang, namun beberapa daerah masih terjejas dengan PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa yang terkesan.
Puluhan rakyat Palestin diseksa, kebuluran semasa dalam tahanan Israel
Persatuan Banduan Palestin dedah sekumpulan rakyat Palestin diseksa dan dibiar kebuluran semasa dalam tahanan rejim Zionis.
Bekas Presiden Jerman Horst Köhler meninggal dunia
Pejabat Presiden di Berlin sahkan bekas Presiden Jerman Horst Köhler meninggal dunia pada sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Suspek tikam dan tetak dua beranak di Kuala Kedah ditahan
Polis hari ini menahan seorang suspek kes tikam dan tetak dua beranak yang berlaku pada 18 Dis lalu di Kuala Kedah.
Anggota tentera cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini.