KOTA BHARU: Seorang anggota tentera berpangkat koperal menang saman RM48,574 terhadap rakan setugasnya berkait kes pukul ketika bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Desa Pahlawan.
Hakim Azman Mustapha dalam keputusan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, mengarahkan defendan, Muhammad Noor Ridzuan Rashid, 28, membayar ganti rugi am (RM37,500), teladan dan teruk (RM9,375), khas (RM1,699) berserta faedah-faedah serta kos mengikut skala kepada plaintif, Muhammad Helmy Mohamad, 31.
Azman berkata, defendan tidak menafikan mencederakan plaintif, bagaimanapun mendakwa hanya mempertahankan diri setelah plaintif membuat provokasi mengajak defendan untuk bergaduh.
“Mahkamah terpaksa menolak pembelaan defendan kerana tidak konsisten dengan hasil siasatan oleh Pegawai Cawangan Siasatan Jenayah Angkatan Tentera Malaysia.
“Setelah menilai semua keterangan, mahkamah berpuas hati plaintif berjaya membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, tuntutan plaintif dibenarkan,” ujar beliau.
Muhammad Helmy memfailkan saman melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz dengan diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed dan Azhar Ahmad sementara Muhammad Noor diwakili peguam, Siti Nur Zafikah Zulkifli dari Tetuan Abqary & Co.
Berdasarkan penyata tuntutan, kedua-dua mereka berkhidmat dalam ATM di Kompeni C, Batalion Ke-16, Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Desa Pahlawan.
Pada 11 April 2022, kira-kira jam 3 petang, semasa plaintif sedang membuat tugasan rutin di tempat bertugas di kem itu, dia dipanggil oleh defendan untuk bertanyakan beberapa soalan berkaitan penugasan harian.
Oleh sebab tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan plaintif, defendan menolak dan terus menyepak perut sehingga plaintif jatuh.
Defendan kemudian menumbuk beberapa kali muka plaintif sehingga berdarah bahagian hidung.
Perbuatan defendan dileraikan, namun defendan terus menyepak pipi kiri plaintif yang pada masa itu berada dalam kedudukan melutut.
Muhammad Helmy memfailkan saman melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz dengan diwakili peguam Shaharuddin Mohamed dan Azhar Ahmad manakala Muhammad Noor diwakili peguam Siti Nur Zafikah Zulkifli dari Tetuan Abqary & Co. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023
(Gambar kiri) Muhammad Helmy (tengah) bersama Shaharuddin (kiri) dan Azhar (kanan). (Gambar kanan) Kecederaan yang dialami oleh Muhammad Helmy akibat kejadian itu. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.
Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir
Kerajaan persekutuan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India.
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
TikTok beritahu pengguna A.S perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Anggota tentera dibelasah rakan setugas menang saman RM48,574
Seorang anggota tentera berpangkat koperal menang saman RM48,574 terhadap rakan setugasnya berkait kes pukul ketika bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Desa Pahlawan.