KUALA LUMPUR: Selepas tular kisah seorang anggota tentera yang dipecat selepas enggan menerima vaksin, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Isnin menegaskan setiap anggota TDM diwajibkan mengambil vaksin.
Jelas kenyataan itu, ia bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota TDM, bahkan boleh menjangkiti keluarga anggota TDM dan masyarakat keseluruhannya.
"Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap.
"Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, turut berdepan dengan kebolehjangkitan COVID-19," jelas kenyataan itu.
Ia juga bertujuan mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penularan COVID-19 di negara ini.
"Setiap anggota TDM hendaklah mematuhi dan menuruti perintah yang telah dikeluarkan, bagi menentukan misi/kesiapsiagaan organisasi tercapai," jelas kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Sarjan Wan Ramly Wan Seman, 39, dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan menerima arahan pemberhentian perkhidmatan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan berkuat kuasa 26 Ogos ini.
Tindakan itu diambil selepas bapa kepada tiga anak itu menolak pemberian vaksin pada 7 Julai lalu ketika diarahkan berbuat demikian.
Beliau sepatutnya dijadualkan tamat perkhidmatan pada 21 Januari 2023, bagaimanapun selepas tindakan yang akan dikenakan, Wan Ramly berkemungkinan kehilangan pencen yang layak diperolehnya.
Fareez Azman
Mon Aug 23 2021
Tentera Darat Malaysia (TDM) mewajibkan setiap anggota TDM untuk mengambil vaksin bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota TDM dan keluarga TDM. - Gambar fail
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.