TOKYO: Jaguh memanah kebangsaan, S. Suresh sama sekali tidak menduga hujan serta angin kuat ketika beraksi di pusingan pertama acara recurve lelaki terbuka memadam api perjuangannya di Sukan Paralimpik Tokyo.
Juara memanah dunia 2019 itu mengakui dua faktor berkenaan merupakan punca beliau terlepas peluang untuk menghadiahkan pingat buat negara selepas ditunjuk jalan keluar lebih awal hari ini.
Suresh, yang membuat penampilan pertamanya di pentas Paralimpik, tumpas 2-6 kepada pemanah Jawatankuasa Paralimpik Rusia Bato Tsydendorzhiev, dalam saingan yang berlangsung di Lapangan Memanah Yumenoshima Park itu.
"Saya tak sangka hujan dan angin kuat ketika bermain tadi sehinggakan angin pun tolak badan saya, seterusnya menjadikan anak panah menjadi berat lalu menyebabkan panahan tersasar.
"Keadaan ketika latihan sebelum beraksi tadi juga berbeza kerana tiada angin dan saya dapat buat panahan tepat namun lain jadinya di gelanggang, memang bukan rezeki saya kali ini," kata atlet dengan berat badan 53 kilogram itu kepada Bernama ketika ditemui selepas beraksi.
Menurutnya, kekurangan aksi kompetitif di peringkat antarabangsa sejak 2019 gara-gara pandemik COVID-19 juga menjejaskan persembahannya kali ini.
BACA: Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
BACA: Laluan penuh ranjau bagi Suresh dakap gelaran dunia
Suresh berkata kebanyakan pemanah lain mempunyai pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa walaupun dengan situasi pandemik yang masih melanda dunia ketika ini dan keadaan itu menyebabkan mereka mempunyai kelebihan ketika bertanding di Tokyo.
Bagaimanapun, bapa kepada seorang anak lelaki itu menerima keputusan dicapai di Jepun itu dengan positif walaupun telah mengecewakan harapan keluarga dan rakyat Malaysia yang mahu melihatnya menyinar di Sukan Paralimpik.
"Saya perlu positif dan tidak perlu salahkan diri sendiri. Mujur, isteri saya pernah berpesan walau apa pun terjadi, you telah buat yang terbaik dan perlu kekal positif tidak kira menang atau kalah," katanya.
Suresh, yang kehilangan kaki kirinya pada usia 13 tahun selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya itu berkata pengalaman ditimbanya di Tokyo akan digunakan sebaik mungkin untuk mencuba memberi saingan lebih hebat mencabar kedudukan podium di Paris 2024 nanti.
BACA: Paralimpik Tokyo: Suresh, Wiro perbaharui rekod musim terbaik dalam aksi pertama
BACA: Suresh bakal uji panahan di kejohanan simulasi bulan depan
Namun, atlet berusia 28 tahun dari Kedah itu tekad untuk bangkit dengan segera pada pertandingan tahun depan termasuk mengumpul mata sebanyak mungkin di kejohanan dunia bagi mencerahkan peluangnya layak ke Paris 2024.
"Saya akan kembali dengan lebih hebat, saya nak buktikan sesuatu kepada orang yang pandang rendah kepada saya, tunggu dan lihat," katanya.
Berikutan prestasi kurang baik ditonjolkannya di Sukan Paralimpik, Suresh berazam untuk memperbaiki teknik latihannya selain membiasakan diri berlatih dalam cuaca hujan serta keadaan angin yang kuat.
Dalam pada itu, beliau memberitahu akan berehat sementara sehingga hujung tahun ini bagi mengambil peluang untuk melepaskan rindu berjumpa keluarganya di Kedah selepas kali terakhir menjenguk mereka empat bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Suresh beraksi dalam acara recurve menentang Bato Tsydendprzhiev dari RPC pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, hari ini. --fotoBERNAMA
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN
Suresh menjelaskan, ISN sebenarnya menyediakan grip baru tetapi dia memilih untuk tidak menggunakannya.
'Angin pun tolak badan saya' - Suresh
Juara memanah dunia 2019 itu mengakui dua faktor jadi punca beliau terlepas peluang untuk menghadiahkan pingat buat negara.
Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.
Paralimpik Tokyo: Suresh, Wiro perbaharui rekod musim terbaik dalam aksi pertama
Dua pemanah negara, S. Suresh dan Wiro Julin memulakan aksi pertama di Sukan Paralimpik dengan memperbaiki catatan peribadi terbaik musim ini dalam pusingan penentuan ranking di sini, hari ini.
Lima atlet Paralimpik berpotensi besar menyinar di Tokyo
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disertai sejumlah 22 atlet negara dan akan menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan dan 32 acara secara keseluruhan.
Suresh bakal uji panahan di kejohanan simulasi bulan depan
Kejohanan simulasi ini adalah bagi memastikan prestasi atlet para dan memanah kebangsaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Atlet negara teruja kembali ke Bukit Jalil
Seramai 142 atlet, pegawai sukan dan staf sokongan dari MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) melapor diri untuk kem latihan pusat program Road to Tokyo (RTT) 2020 di Bukit Jalil yang bermula semalam.
Laluan penuh ranjau bagi Suresh dakap gelaran dunia
Bukan sahaja terpaksa bergantung perjalanan hidup dengan kaki palsu, Suresh ditimpa pelbagai kesusahan apabila ayahnya 'meninggalkan' keluarga tanpa berita.
Suresh raih emas di Kejohanan Memanah Para Dunia
Pemanah recurve negara, S.Suresh membanggakan Malaysia apabila menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019, di Hertogenbosch, Belanda.
'Saya disepak ketika terjatuh di atas kaki Adib' - Saksi
Saksi ke-8 dalam prosiding inkues kes Arwah Muhammad Adib Mohd Kassim bahawa dia ditendang ketika terjatuh ke atas seorang anggota bomba yang bersandar kepada 'bumper' sebuah kereta dalam kejadian.