MANILA: Angka kematian akibat ribut tropika Nalgae, yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa bahagian Filipina meningkat kepada 72 orang, menurut jurucakap agensi bencana kerajaan pada Sabtu.
Xinhua memetik jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara Rafaelito Alejandro sebagai berkata sebahagian besar mangsa maut adalah dari wilayah Maguindanao di selatan Filipina, dengan 67 kematian.
Sekurang-kurangnya 14 lagi masih hilang.
Maguindanao ialah wilayah di Daerah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM).
Menteri dalam negeri dan kerajaan tempatannya Naguib Sinarimbo berkata sembilan bandar di Maguindanao dinaiki air dengan kebanyakan kawasan di Bandar Cotabato BARMM ditenggelami air buat kali pertama sejak beberapa tahun.
BARMM "menaikkan tahap amaran kepada merah" sejak Jumaat.
Menurut laporan media tempatan, sebuah kampung di Datu Odin Sinsuat tertimbus dalam tanah runtuh, mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang maut.
Nalgae merupakan taufan ke-16 yang melanda Filipina tahun ini. Ia melanda Catanduanes, sebuah wilayah pulau di wilayah Bicol sebelum subuh Sabtu.
Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina berkata tiupan angin Nalgae adalah pada maksimum 95 km sejam, dengan tiupan sehingga 160 km sejam pada Sabtu.
Biro cuaca negara berkata Nalgae sedang bergerak ke barat-barat laut pada kelajuan 30 km sejam dan kelajuan dijangka semakin meningkat apabila ia bergerak ke pedalaman.
Ia dijangka merentasi wilayah Metro Manila dan kawasan bersebelahannya dalam tempoh awal petang Sabtu hingga pagi Ahad.
Biro itu memberi amaran banjir dan tanah runtuh akibat hujan dijangka berlaku, terutama di kawasan yang sangat terdedah kepada bahaya ini dan di kawasan yang menerima hujan lebat.
Filipina adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana di seluruh dunia berdasarkan lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan Lingkaran Taufan Pasifik. Secara purata, negara kepulauan itu mengalami 20 taufan setiap tahun termasuk beberapa daripadanya kuat dan merosakkan.
Pada April, ribut tropika Megi menurunkan hujan di bahagian tengah dan selatan Filipina, membanjiri banyak kawasan dan menyebabkan tanah runtuh dan lebih 220 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Anggota penyelamat menggunakan bot untuk memindahkan mangsa banjir yang terjejas susulan ribut tropika Nalgae yang melanda Parang, dalam wilayah Maguindanao, selatan Filipina, 28 Okt 2022. (Foto AP)
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Filipina masukkan empat wilayah terjejas ribut dalam keadaan bencana
Pengisytiharan keadaan bencana akan mempercepat usaha menyelamat, pemulihan, bantuan dan pemulihan kerajaan dan swasta.
Sekurang-kurangnya 13 terkorban dalam banjir kilat di selatan Filipina
Hujan lebat itu ada kaitan dengan ribut tropika Nalgae yang dijangka melanda Ahad ini di pulau utama Luzon.